Salam sejahtera adik-adik, bertemu lagi kita di siaran kali ini. Nampaknya kali ni abang tidak dapat balik kampung, jadi abang rasa elok abang tambah satu lagi entri di AbangWebmaster untuk rujukan kita bersama.
Sepertimana yang kita tahu, setiap webmaster perlu tahu asas pengaturcaraan HTML. Pada tahun 97 dulu, abang dan rakan-rakan merekabentuk laman web menggunakan notepad semata-mata, dan pada ketika itu CSS masih lagi di peringkat percubaan. Oleh itu, cuba adik bayangkan berapa lama untuk kami menyiapkan sebuah laman web bersaiz A4. Hehe…
Tapi dengan teknologi yang semakin berkembang, kita telah dibantu dengan banyak software-software seperti Frontpage, Netscape Composer, Dreamweaver dan sebagainya. Tetapi bagi sesetengah webmaster, mereka masih selesa menaip sendiri tags-tags html berbanding menggunakan editor WYSIWYG .
Jadi pada kali ini, abang akan tunjukkan satu lagi pembaharuan dalam dunia webmaster, iaitu Zen Coding.
Tujuan Zen Coding adalah untuk membantu kita menjimatkan masa menaip tags HTML. Untuk maklumat lebih lanjut, lihat video dibawah:
Zen Coding v0.5 from Sergey Chikuyonok on Vimeo.
Atau lawati laman web mereka di http://code.google.com/p/zen-coding/
Selamat Mencuba!




best entry ni.. thanks a lot
Abg webmaster.. boleh x bagi sy tunjuk ajar bagaimana ingin membina bloj sendiri..
saya nak bina laman web tapi tak pandai nak mulakan. saya hanya tahu kendalikan blog sahaja. boleh tak abang ajarkan saya. ni id saya “akubutanta”
@asyraf
Untuk membina blog sendiri, adik boleh lihat artikel-artikel abangwebmaster yang terdahulu
@najib
Bagi abang, perkara yang paling utama adik perlu pelajari ialah HTML. Adik boleh mula dari sini: http://www.w3schools.com/html/default.asp
Salam,
Bagus entry ni…
Macam sesuai jer untuk saya..
Oh ya… editor WYSIWYG untuk PHP ada tak?
Selalunya abang guna gEdit atau notepad++ je. kalau nak WYSIWYG, cuba dreamweaver ataupun NvU.
mana abang lie
dah lama blog x update
Sori la dik, banyak benda abang nak kena cangkui, jadi dah kurang masa nak update AWM ni. InsyaAllah nanti abang post artikel baru.
Hello,boleh tak tunjukkan cara nak masukkan laman rujukan spt yang di warnakan pink dlm blog abang. saya baru nak mula buat blog sendiri.
Link warna pink? itu adik boleh set dalam styling CSS.