Senarai Artikel Terbaru:
Web Hosting Template Percuma

Hello adik-adik. How do you do? Today abang taste very happy kerana telah berjaya menyiapkan satu lagi web template percuma untuk adik-adik. Web template pada kali ini abang buatkan untuk company web hosting. Mesti adik-adik hairan, kenapa abang buat template ni. Nak guna untuk apa? Hehe… sebenarnya banyak benda yang adik-adik boleh buat untuk template ni. Adik-adik perlu kreatif untuk mengubahsuai template ni.

Ok… mari kita lihat contoh-contoh yang boleh abang berikan untuk kegunaan template ini. Idea yang pertama abang berikan, mestilah adik-adik boleh guna untuk jadikan ia sebagai web untuk perniagaan web hosting. Jika adik-adik berminat ingin menjalankan perniagaan online, web hosting reseller dan domain name reseller adalah satu contoh yang boleh adik jalankan. Adik-adik boleh menjadi reseller dengan syarikat-syarikat web hosting yang menyediakan perkhidmatan reseller services.

Idea yang kedua, adik-adik boleh mengubahsuai template ini dan jadikan ia sebagai minisite. Design template ini amat sesuai juga dijadikan minisite kerana ia mempunyai ruang info yang memudahkan pelawat faham dengan produk adik. Seterusnya… Web template ini juga boleh adik ubahsuai untuk jadikan ia sebagai web untuk menjual produk kecantikan dan kesihatan. Ya.. kepada makcik-makcik yang ada business krim muka dan produk kesihatan krim perapat bolehlah jadikan ia sebagai pilihan. Cuma gantikan gambar server tu kepada gambar produk atau muka-muka model yang cun. Heheh.

Oklah, sebelum abang melalut panjang, baik abang stop dulu di sini. Abang pun nak pergi makan ni. Rancangan CSI pun dah start. Boleh la sambil makan sambil tengok tv. Heheh.. owhh yaa… link demo kat bawah ni. Begitu juga link untuk download. Tataa..

Klik sini untuk lihat Online Demo

Web Hosting Template Download (179)

Artikel Berkaitan



  1. Eriyza on Tuesday 12, 2009

    Abe Is, bila nak wat template tuk
    blog peribadi?? Huhuhu!!!

  2. Faizal on Tuesday 12, 2009

    ni utk wordpress kan>?

  3. Abang Is on Tuesday 12, 2009

    eryza:
    heheh… akan diusaha kan. tengok2 la nanti2…

    faizal:
    tak ni template html biasa. tapi kalau pandai boleh convert jadi wordpress themes. hehe

  4. Kak Jie on Tuesday 12, 2009

    kak jie cari gak…mesti ijau..bulan depan ingat nak tukar
    bulan depan 20/06 ulangtahun pertama

    cess…nk tiup lilin la…nnt kak jie jemput Abang Is ye

  5. Sabri @ Kita on Tuesday 12, 2009

    tg abang

  6. Kak Jie on Tuesday 12, 2009

    off topik – apa kata letak widget ‘komen terkini’ atau bahasa omputih ‘recent comment’

    nak tgok komen2 yg lepas tu dibalas ke tidak.

    ituje

  7. chokilala on Tuesday 12, 2009

    abang, buat la theme wordpress ke, template blogger ke. ramai yang boleh pakai. hehe

  8. Abang Is on Tuesday 12, 2009

    akan diusahakan.. insyaallah.. hehe

  9. Fareez on Tuesday 12, 2009

    Abang,,wat lah pulak template utk accountant…

  10. Abang Is on Tuesday 12, 2009

    Wahh.. web accountant… Heheh.. abang pun x pernah terfikir.

  11. kuds on Tuesday 12, 2009

    abg saya nak tanya sikit je..xbanyak pn..selalu nye abg bangun dan buat editing laman web ni selalunya pakai apa yerk? abg leh bg x idea software apa untuk saya bangun kan laman web selain frontpage,joomla,dan Sql..leh bg sy idea x …emh sy berminat utk ketahui lebih banyak software yang di gunakan utk bina laman web…huhu

  12. wanzpyra on Tuesday 12, 2009

    Salam, wah abg is.. rajin buat template ye.. he he he.. Template untuk wordpress buat lah satu… boleh saya guna :)

  13. aizuddin on Tuesday 12, 2009

    abang x nak buat template untuk blogger ngn wp ke??huhu