Senarai Artikel Terbaru:
Web Free di LetsEat.At

Helo adik-adik. Apa kabar? Harap adik semua dah makan pada waktu ini. Hari ini abang tersangat sibuk sehingga tak sempat untuk keluar makan. Kerja menimbun di office. Sampai nak garu kat bahagian tulang belikat yang gatal pun tak sempat. Sibuk sungguh. Tapi sekarang semua dah settle dah.

Ketika ini abang sedang makan keropok Cikedis yang abang beli semalam sambil melungsur di Internet. Ketika membuat layaran tadi abang terserempak dengan sebuah laman web. Laman Web ni sangat bagus jika adik adalah seorang pengusaha kedai makanan. Memang berbaloi untuk membuka satu akaun di situ.

Laman web yang abang maksudkan ialah “LetsEat.AT“. Laman web ini menyediakan website builder untuk sesiapa yang membuka kedai makan atau restoran atau cafe. Sebelum abang tulis entri tentang kewujudan laman web ni… abang dah test dulu untuk pastikan adik-adik abang senang dan mudah faham untuk menggunakan LetsEat. Keputusannya, web ini memang mudah. FREE pulak tu. Apa yang adik akan dapat jika buka 1 akaun…

  • Boleh letak gambar kedai makan adik kat front page
  • Boleh display menu yang ada kat kedai adik
  • Boleh buat kupon diskaun kepada pelawat web.. (mereka kena print sendiri)
  • Boleh pilih design kedai yang adik suka. (ada banyak jugak design)
  • Boleh booking table online (tak pakai pun tak apa. kena bayar)
  • Boleh display komen pengguna tentang kedai adik
  • Subdomain yang adik boleh pilih sendiri
  • Free Hosting
  • dan macam-macam lagi…

Kat bawah ni abang ada display sikit preview mcm mana interface untuk Web LetEat.At Dan kalau adik suka adik boleh lah buka satu kedai di situ. Free saja. www.LetsEat.at

Kalau adik-adik nak tengok contoh kedai yang abang buat boleh tengok disini. Saja la abang buat. Nak Tunjuk pada adik-adik.

http://www.letseat.at/homestyle

Artikel Berkaitan



  1. lilo on Tuesday 28, 2009

    hmmm…. menarik!!!
    kalu nak buka kedai basikal bolehkah abang ?

  2. Abang Is on Tuesday 28, 2009

    boleh. tapi adik kena tunggu latest projek abang. memang ada perancangan buat web untuk pengusaha kedai beskal. sekarang abang sedang tunggu senarai jenis2 beskal dari amerika. kawan abang di amerika sana, Mat Hoffman belum reply lagi email.

  3. Mustaffa on Tuesday 28, 2009

    http://getshopped.com untuk online store

  4. Abang Is on Tuesday 28, 2009

    ok.. terima kasih sebab kongsi info bersama… wahh… web tu bahasa arab pun support.. nanti boleh lah jual buah kurma time bulan Ramadhan nanti. hehe

  5. Eriyza on Tuesday 28, 2009

    Caiyolah Abe Is.
    Ada cadangan nak jd pengusaha restoran kaa??

  6. Abang Is on Tuesday 28, 2009

    adaa tu ada.. tapi tu lah.. tunggu umur 40 kot… bila dah tak ada idea nak design boleh la buka kedai makan pulak. heheh

  7. al_boogiesi on Tuesday 28, 2009

    salam…abg saya nak buat promosi mengenai bengkel member saya di internet..saya bercadang nak membuat satu laman web utk mereka..apa laman web yg sesuai utk sy buat laman web?please help me hehhe..thanks

  8. Abang Is on Tuesday 28, 2009

    hello… yaa.. abang syorkan adik gunakan http://www.wordpress.com . kerana adik boleh buat apa-apa update di masa akan datang dan servis mereka adalah percuma. dan jika adik berkemampuan adik boleh membeli domain name dan web hosting sendiri. harganya tak mahal. cuma rm150 setahun. ni adalah lebih baik. kerana adik boleh memilih platform web adik sendiri.

  9. Kiki on Tuesday 28, 2009

    salam abang, nak mintak abg rekemen la web hosting company yg plg ok.. sebab takut tersalah pilih nanti rugi plak

  10. Abang Lie on Tuesday 28, 2009

    Hi Kiki, Abang sekarang menggunakan Mesrahosting, setakat ini, servis mereka amat baik. Akan tetapi, abang tidak mengesyorkan Exabyte kerana abang telah menggunakan servis mereka selama 7 tahun, dan servis mereka semakin teruk. Akan tetapi, terdapat banyak lagi hosting di malaysia yang bagus, dan customer support yang baik.

    Sekiranya adik hanya ingin membeli domain sahaja, abang syorkan Hive Hosting. Ini kerana untuk domain .com, .net, .org hanya rm35 setahun. Selalunya abang beli domain dan hosting dari syarikat hosting yang berlainan.