Baiklah adik-adik, abang harap adik semua telah pun faham apa itu WordPress dan jenis-jenisnya. Pada hari ini abang akan menunjukkan cara bagaimana untuk melakukan proses meng-install program WordPress Installer di akaun hosting adik. Sebelum melakukan proses meng-install WordPress ini, adik harus pastikan yang adik telahpun mempunyai akaun Web Hosting dan Domain Name.
Dalam topik 6 ini, abang akan tunjukkan cara meng-install WordPress menggunakan Cpanel. Terdapat dua cara meng-install WordPress yang boleh adik gunakan. Cara pertama ialah dengan menggunakan cara automatik dimana adik boleh mengikut penerangan yang terdapat di akaun Web Hosting adik. Satu lagi cara ialah dengan menggunakan cara manual. Untuk topik ini abang akan tunjukkan cara bagaimana meng-install WordPress secara automatik dahulu.
Baiklah sekarang masuk ke Cpanel web adik yang beralamat seperti berikut:
http://www.abc.com/cpanel (sila gantikan abc ke nama domain adik)
Kemudian adik akan nampak satu kotak promt password atau login box untuk Cpanel adik. Masukkan login name dan password adik yang telah diberikan oleh syarikat Web Hosting yang adik langgan.
Apabila adik telah berjaya memasukkan Username dan Password, adik akan nampak paparan muka depan (Interface) Cpanel
Kemudian adik harus mencari Software/Service seperti gambarajah di bawah dan pilih Fantastico De Luxe.
Kemudian adik akan berada bahagian Fantastico. Di sini adik akan dapat melihat pelbagai Installer yang disediakan oleh Cpanel. Baiklah, di sebelah menu kiri adik, sila cari “WordPress” dan klik link tersebut. Kemudian adik akan nampak satu penerangan seperti gambarajah dibawah.
Kemudian adik pilih New Installation. Adik dikehendaki mengisi beberapa info penting sebelum mempunyai blog. Gambarajah dibawah adalah contoh bagaimana untuk mengisi info yang diminta. Adik mestilah mengisi info berikut dengan info adik sendiri. Kemudian kilk “Install“.
Cara mengisi info blog.
Install on domain - adik boleh abaikan kotak ini jika adik hanya mempunyai 1 domain name. Jika adik mempunyai 2 domain, sila pilih domain yang ingin adik install WordPress adik.
Install in directory - jika adik ingin blog adik berada dalam 1 folder khas, isikan kotak itu dengan nama folder yang adik suka. Contohnya, “blog” dan blog adik itu akan mendapat nama seperti (www.abc.com/blog). Dalam gambarajah di atas abang telah memilih nama “test”, maka blog abang nanti akan beralamat seperti ini (www.abc.com/test).
Administrator username - ini adalah bahagian penting kerana ia akan menjadi username untuk blog adik. Gambarajah di atas, abang telah memilih “demo” sebagai username abang.
Password - adik harus memilih satu password untuk blog ini dan adik mestilah mengingatinya nanti.
Admin nickname - masukkan nama yang adik suka di ruang kotak ini. Admin nickname ini akan dipaparkan pada setiap post yang adik tulis nanti.
Admin e-mail - masukkan e-mail adik dan e-mail itu mestilah sentiasa aktif kerana segala info tentang blog adik akan dihantar di situ.
Site name - Masukkan nama blog yang ingin adik gunakan. Adik tidak perlu risau jika adik rasa nama itu tidak berapa sesuai kerana adik boleh menukarnya kemudian.
Description - Sama seperti Site Name, adik boleh menukar Description kemudian jika mendapati ia kurang sesuai.
Apabila adik telah menekan “Install WordPress” adik akan dibawa ke bahagian berikutnya
Kemudian klik “Finish Installation” dan adik akan dapat melihat info blog yang telah adik Install. Masukkan e-mail adik untuk pengesahan. Sila pastikan adik menggunakan email yang betul.
Tahniah. Sekarang adik telah berjaya meng-install blog adik sendiri. Tak susah kan untuk meng-install WordPress. Buat apa adik perlu menghadiri workshop WordPress yang mahal tu. Benda ini semuanya senang saja. Abang pasti, lepas ini adik bolehlah meng-install lagi WordPress dalam akaun Web Hosting adik. Yaa.. mungkin lepas ni adik boleh buat satu website atau blog untuk persatuan rukun tetangga di kawasan rumah adik. Adik pasti akan digelar WEB MASTER juga nanti.
Untuk pengetahuan, adik boleh meng-install seberapa banyak WordPress yang adik suka tetapi ia bergantung pada saiz Web Hosting yang telah adik beli.
Baiklah, sekarang bolehlah pergi melihat inbox e-mail kerana adik akan menerima pengesahan pendaftaran blog pertama tadi. Pesan abang, simpan e-mail itu ke satu tempat yang selamat dan jangan ter-delete.











bagi yang nak baru belajar install/tiada domain, boleh try localhost dulu.
yaa.. bijak-bijak. nanti bila free abang dan pasukan web abang akan buat tutorial tentang Localhost. hehe
Wah, info yg bagus.
Wat masa nih, takde hosting lg.
Tumpang hosting org jer.
Caiyolah Abe Din.
saya dah ada wapsite ..so nak buat ada web site tanpa kacau homepage direction ke wap site …macamana nak install.saya menggunakan hosting malaysia2u .tiada tmpat installer
Hi adik, adik boleh gunakan PHP dan htaccess untuk redirect apa-apa browser ke destinasi yang adik mahu. Cuba adik lihat tutorial dibawah:
PHP
http://www.russellbeattie.com/blog/mobile-browser-detection-in-php
http://www.brainhandles.com/techno-thoughts/detecting-mobile-browsers
HTACCESS
http://wiki.w0wdx.com/Browser_detect_and_redirect_with_htaccess
http://www.webmasterworld.com/forum92/6450.htm
Abang harap ini dapat membantu.
Abang Is, boleh tunjukkan cara untuk menukar password
kalau blogspot pun bleh install gak ker?
tak boleh dik. blogspot cuma kita guna free saja. ni wordpress.org… adik kena ada hosting dan domain name sendiri.
..thanks ye abg sb bagi maklumat tentang wordpress sb sebelum ni kalau nak tahu tentang wordpress nak kena beli ebook yg belum tentu faham atau tidak…..semoga ramai org seperti abg yg bukan hanya mementingkan $$$ semata2 demi membantu anak bangsa sesama agama..
heheh.. benda ni banyak dik kat google. kita kena pandai cari… semua benda free.. kadang2 setengah orang suka ambil kesempatan. :p
sape yg baru nak start boleh try gne free hosting kat http://www.freehostia.com
cara nak install same cam kat atas cam abg is tunjuk..lau nak free domain leh try gne free domain via.my>>http://via.my/
cara manual bgmana ye?
sy skrg hadapi mslh nak install wp secara manual.
harap abg webmaster bole tunjuk kan caranya??