Senarai Artikel Terbaru:
Topik 04: WordPress.org

WordPress.org memerlukan adik memuat turun (download) program WordPress Installer dari www.wordpress.org dan kemudian meng-install di akaun Web Hosting adik. Ketika meng-install WordPress, adik memerlukan sedikit pengetahuan tentang Cpanel atau Direct Admin.

Jika adik tidak tahu menggunakan Cpanel atau Direct Admin, adik bolehlah mendapatkan bantuan dari syarikat Web Hosting adik atau bertanya kepada rakan-rakan adik yang tahu meng-install WordPress. WordPress Installer memerlukan PHP versi 4, dan MySQL Database dalam akaun Web Hosting.  Selepas meng-install WordPress, adik perlu mengikut beberapa langkah untuk mengaktifkannya.

Dengan program WordPress, adik boleh menukar Design Template laman blog adik kepada yang lebih cantik. Kesemua Design Template ini boleh dimuat turun secara percuma di Internet dan juga terdapat lebih 200 WordPress Plugin yang boleh adik gunakan. Jika adik mempunyai pengetahuan CSS dan PHP adik juga boleh mengubahsuai code di template yang sedang adik gunakan.

Artikel Berkaitan



  1. zwan on Thursday 23, 2009

    alamak bang… yg ni tak reti la nak buat. plz ajarkan dgn lebih lengkap

  2. zwan on Thursday 23, 2009

    lebih mudah kalau semuanya dalam bahasa melayu. ana kurang faham bahasa omputeh ni. dalam blog ini ana dapat juga faham. tapi bila nak cuba istall atau cuba buat jadi x faham