WordPress.com menyediakan servis blog secara percuma. Adik-adik tidak perlu mempunyai akaun Web Hosting, Domain Name malah adik juga tidak perlu meng-install apa-apa program. WordPress.com adalah penyedia laman blog yang tidak memaksa adik-adik melakukan pelbagai perkara konfigurasi (Configuration) untuk mempunyai sebuah laman blog.
Walaupun WordPress.com menyediakan servis blog percuma, terdapat beberap perkara yang tidak dapat adik lakukan. Adik-adik tidak boleh meng-install Plugin atau mengubah apa-apa rekabentuk (design) di dalam laman blog adik. Adik hanya boleh menggunakan Template Design yang sedia ada di laman WordPress.com. Ini bermaksud,jika adik menggunakan template yang sedia ada, maka laman bloggers lain juga ada menyerupai laman blog adik.
Walaupun WordPress.com mempunyai sedikit kekurangan, tetapi ia adalah satu permulaan yang baik untuk adik-adik yang baru mengenali apa itu blog. Adik tidak perlu risau jika adik mempunyai sebuah blog di WordPress.com dan di satu masa akan datang ingin berpindah pula ke laman blog yang berbayar. Segala data di blog WordPress.com adik itu boleh dipindahkan ke laman blog baru adik nanti tanpa sebarang masalah.
Adik-adik boleh melawat laman WordPress.com jika ingin mencuba membina blog percuma.





Sunyi betul di sini. Apa kata adik tinggalkan komen response?