Sebelum memiliki laman blog, perkara pertama yang harus adik ambil berat ialah memilih platform yang tepat untuk memenuhi kepuasan hati adik. Adik harus pastikan platform yang akan adik pilih itu mempunyai semua aspek yang membolehkan blog adik itu nanti dapat beroperasi seperti laman bloggers yang lain. Keistimewaan WordPress ini ialah, ia menyediakan tiga jenis versi seperti
- WordPress.com – yang menyediakan hosting percuma untuk laman blog adik
- WordPress.org – memerlukan adik mempunyai akaun Web Hosting sebelum meng-install program ini
- WordPress MU – (WordPress Multiple User) yang membolehkan adik mempunyai pelbagai user dalam blog.
Ada beberapa perbezaan diantara ketiga-tiga versi WordPress yang boleh adik lihat. Abang telah sediakan gambarajah di bawah untuk adik senang faham perbezaan di antara ketiga versi WordPress.





Bang..nk tanya boleh?? saya dah sing up wordpress..so sy rasa sy tiada lagi web hosting dan domain name..emh skrg ni mcm mana sy boleh dpatkan nya??dan adakah domain name n web hosting tu berbayar??
yaa adik bluzz… jika adik menggunakan account di http://www.wordpress.com adik tidak perlu ada domain name atau web hosting. adik boleh terus guna. tetapi jika adik gunakan WordPress yang dimuat turun dari laman http://www.wordpress.org adik perlukan akaun web hosting dan domain name.