Hello adik-adik. Abang DIn kembali lagi. Hari ni abang akan menceritakan tentang WordPress kepada adik-adik. Pada zaman kini ramai orang mula sibuk menulis blog dan ingin memiliki blog. Ada yang menulis blog untuk menceritakan tentang kehidupan, politik, bola sepak, hobi dan sebagainya. Untuk pengetahuan adik, WordPress adalah salah satu program open-source yang membolehkan adik membina blog pada akaun web hosting adik. Ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP dan dijanakan bersama MySQL database, WordPress adalah salah satu sistem web yang membolehkan adik-adik membina blog secara professional. Apabila adik telah meng-install WordPress ke dalam Web Hosting dan mengaktifkan WordPress, maka adik boleh mula menulis isi kandungan, membuat laman pautan (link), laman profile dan sebagainya.
WordPress adalah kejayaan untuk b2/cafelog dan WordPress telah dicipta oleh Michel Valdrighi. Nama WordPress telah diberikan oleh Christine Selleck iaitu rakan kepada Matt Mullenweg. WordPress adalah satu evolusi kepada blogger-blogger yang telah mempunyai blog seperti di Blogspot.com atau WordPress.com. Fungsi utama WordPress ialah menjadikan ia sebagi CMS (Content Management System) dimana yang membenarkan para blogger mengubahsuai keseluruhan laman blog mereka.
Dengan meng-install WordPress di akaun Web Hosting, adik dapat menukar template laman blog adik kepada satu design yang lebih cantik dan canggih dengan bantuan Plugin yang boleh di muat-turun secara percuma di lamanĀ WordPress.org.
Apa itu Plugin?
Plugin untuk WordPress membolehkan blog adik mempunyai satu fungsi blog yang lebih baik. Contohnya adik boleh menambah plugin untuk post popular, undian, image slider dan lain-lain. Dengan WordPress plugin juga, adik dapat meletakkan iklan Googel Adsense di laman Web adik dan mendapat keuntungan dari iklan tersebut.

Logo di atas adalah logo asal WordPress.
WordPress bukanlah sekadar program atau software tetapi ia adalah sebuah komuniti yang telah berkembang dengan pesat dalam satu eko-sistem yang membolehkan pengguna menikmati pengalaman dalam dunia Web. Program WordPress ini adalah percuma dan boleh dimuat turun (download) oleh adik-adik di laman www.wordpress.org. Dengan menggunakan wordpress, adik-adik tidak perlu risau tentang kod-kod program yang digunakan untuk membina laman Web.
Baiklah… di entri akan datang, Abang Din akan ceritakan bagaimana nak install WordPress dan jenis-jenis WordPress. Jadi kalau ada sapa-sapa kata dia nak ajar adik-adik WordPress dan kena bayar Rm300 tu… tak payah la p blajar. Benda ni free saja adik. Rm300 baik adik simpan dalam tabung.




Sy ada blog WordPress tp lgsg
tak reti nak edit. Huhuhu!!!