Senarai Artikel Terbaru:
Topik 01: Kenali HTML

Hi adik-adik. Bertemu kembali kita di blog Abang Webmaster. Abang harap, adik-adik ceria selalu. Bagi adik-adik abang yang sedang frust bercinta tu, abang nasihatkan lupakanlah semua masalah cinta. Lebih baik adik belajar buat website dan kenali HTML. Kenapa abang berkata begitu? Jika adik pandai buat website, nanti adik boleh dapat cinta yang baru. Bunga bukan sekuntum adik dan kumbang bukan seekor. Baiklah, kita lupakan masalah cinta. Pada hari ini abang akan memperkenalkan HTML kepada adik-adik sekalian.

Tahukah adik bahawa Internet merupakan jaringan global yang menghubungkan suatu network dengan network yang lain di seluruh dunia. Manakala TCP/IP pula menjadi protocol penghubung antara jaringan – jaringan yang berhubung diseluruh dunia untuk dapat berkomunikasi. World Wide Web (www) merupakan sebahagian dari Internet yang paling cepat berkembang dan paling popular.

www bekerja berdasarkan pada tiga mekanisme berikut :

  • Protocol Standard aturan yang digunakan untuk berkomunikasi pada computer networking, manakala Hypertext Transfer Protocol (HTTP) adalah protocol untuk www.
  • Address www memiliki aturan penamaan alamat web iaitu URL (Uniform Resource Locator) yang digunakan sebagai standard alamat internet.
  • HTML digunakan untuk membuat dokumen yang boleh diakses melalui web.

HTML adalah singkatan dari Hyper Text Markup Language. HTML merupakan bahasa yang digunakan untuk membuat halaman web. HTML bukanlah bahasa program seperti C, C++, Pascal, Visual Basic, Foxpro dan lain sebagainya. Ia lebih kepada bahasa yang menetapkan bentuk penjelasan dokumen. Jika adik menggunakan Internet Explorer, Mozilla Firefox, adik boleh melihat code-code halaman ini dengan mengklik kanan web tersebut, kemudian pilih menu View Source.

HTML ini ditulis dengan menggunakan teks editor seperti Windows Notepad, Notepad++, Ms-Edit, dan file di simpan menggunakan extension .htm ataupun .html. Browser HTML seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox akan menterjemahkan kod-kod html dan membuat penjelasan seperti apa yang telah dikodkan. HTML telah ditulis oleh Pioneer Webmaster iaitu Tim Berners Lee yang ketika itu sedang membuat experiment tentang HTTP dalam tahun 1990. Hasil kebijaksanaan Tim telah membantu kita dalam dunia komunikasi pada hari ni. Baiklah adik, abang akan sambung semula pelajaran kenali HTML ini di hari yang akan datang. Diharap adik akan kembali semula ke blog abang.

Sekian. Take care and be good.

p/s: Tu lah gambar Tim Bernes Lee. Walaupun dahi dah luas tapi kaya.

Artikel Berkaitan



  1. Eriyza on Friday 24, 2009

    Abe Is, ape beza html dgn css??
    Kedua²nya ada lam blog.
    Bleh terangkan??

  2. Abang Is on Friday 24, 2009

    yaa eriza… kedua dua adalah benda yang berbeza tetapi kalau digabungkan memang boleh jadi best. ibarat makan nasik dengan taruh kuah… laju sikit makan kann?? heh.. nanti abang dengan pasukan webmaster akan membuat pendedahan mendalam dalam perkara ini…

  3. jakaman on Friday 24, 2009

    abg is.. sayer tingin sgt ler nak belajar semua nie..
    tapi mcm mana ek…
    sayer payah belajar sikit klu tak tunjuk depan mata.. hehe
    paper pun sayer akan mencuba la…

    abg is.. leyh kasi id ym abg is tak??
    klu ader la..
    sng skit klu nak bertanya..
    huhuhu..
    wat masa skunk nie baru nak mencuba explore wordpress..

    paper pun dgn tunjuk ajar abg is amat sayer hargai..
    thankss