Yooo adik-adik. Apa khabar semua? Harap adik-adik sihat. Maaf semalam abang tak dapat ke udara kerana sibuk mengurus kelengkapan urusetia untuk liga bola sepak kampung abang yang akan diadakan pada hujung minggu ini. Ok lah… berbalik pada topik kita, tadi masa abang sedang kemas-kemas hard-disk komputer abang, ada abang terjumpa satu projek web yang pernah abang propose untuk satu kedai makan.
Sebenarnya web ni adalah salah satu design yang abang propose pada kedai tu. Bila fikir-fikir balik, dari abang simpan saja web ni, baik abang berikan pada adik-adik yang selalu lawat web abang webmaster ni. Web ni sebenarnya didatangkan bersama dengan CMS (Content Management System) yang company abang jual. Memandangkan CMS yang company abang jual tu tidak boleh diberi percuma pada adik-adik, maka abang cuma boleh bagi template ni saja. Heheh… maaf ya. Ok.. seperti biasa adik-adik boleh download web tu dibawah. Ia percuma. Dan kalau adik-adik nak lihat demo pun ada disediakan.
So, sampai sini saja abang tulis pada kali ini sebab abang nak pergi design borang pendaftaran pemain.
Take cara and be good.
Klik sini untuk tengok Demo
Download Web Template (243)




Wah, kacak sungguh template itu.
Thanx Abe Is.
kalau suka, bagitau kawan. Kalau tak suka, bagitau kami. hehehe
hoho smart.. abg abg, ada tak template merah+hitam yg menarik untuk adek ni.. hehehe… ades!!
cuba cerita nak buat apa.. hahaha
Salam, menarik sungguh template tu… boleh ajar bagaimana nak buat template macam tu ?
ahaa.. boleh…. tapi kena rajin2 la masuk web ni.. nanti abang akan tunjukkan utk semua orang.. hehe..
Abg Is, ni Makcik Jie nak tanya
ada tak ye template yg sesuai utk makcik2 ni…selalu org design utk mude remaje je…
design untuk makcik2 ke?? ahaa.. tak pernah la buat. tapi akan diusahakan. hehe..
ala nak pakai la template merah hitam tu abg is.. takkan takde yg santek2?
samapi skung amoi tak tahu nak install template WP cam ne T_T
yaa.. amoi boleh refer di department wordpress yang terdapat di bahagian kategori
Assalammualaikum wrt wbt ..
Err, tumpang tanye. Sori la keluar tajuk. Cane nak buag tab kat dalam template blogger ye?
*Saya budak baru belajar*
owhh… kalau nak ubah apa2 code di blogger.. kena masuk bahagian “Layout”.. kemudian pergi ke “Edit HTML’. ahaa.. kat dalam tu ada.. tapi kalau tab tu companny blogger yang provide memang tak boleh buang la.. hehe. cuma boleh buang atau ubah file template saja..
waa mmg best la template abg is..
saya nak tanya sikit la, mcm mana ek nak buat flash mcm abg is buat kat atas tu..
mcm menarik jer.. hehe
klu sayer ambik template abg is nie..
boleyh ubah tak gambar2 dalam template abg tu..
huhuhu..
sayer pun budak baru belajar…
p/s : abg is selalu2 la update ek.. saya tak sabar nak tahu post abg is selanjutnyer.hehe
template ni sesuai utk blog yang bertemakan restaurant/makanan je ke abg?
web ni tak semestinya utk kedai makan je… kalau ada buat business chalet ke, rumah tumpangan ke, boleh pakai jugak. tapi kalau ada idea, buleh diubahsuai utk kegunaan lain.
abg is… sayer ader tgk satu laman web nie.. dier punya latar belakang dier tu.. siap ader burung beterbangan la… mcm mana dier wat ekk.. abg is tahu tak???
klu tahu leyh tlg ajarkan tak??
owhh.. kacang putih je tu dik… tu diaorang pakai animated gif. set gambar tu sebagai background. tapi abang syorkan, adik jgn la pakai background adik gerak2. sakit mata. dan web adik pun nampak tidak pro.
cuba adik tengok contoh gallery laman web ni..
http://welovewp.com/
diaorang tak pakai background gerak2. web tu semua simple saja, tapi cool. adik boleh lihat web2 ni sebagai panduan utk membina web adik. baru nampak pro.. dan buleh lah adik berlagak kat jiran sebelah rumah sikit. heheh
abg is mintak tlg bleh x…adik nak laaa cth mcm mn nak upload gambar gn php…abg is leh x tlg adik..tq
Jangan gusar, cuba adik tengok tutorial ini: http://www.tizag.com/phpT/fileupload.php
Semoga ianya membantu.
Bro.. Nape bila saya upload ada probe ek?