Senarai Artikel Terbaru:
Siri 1: Bercakap dengan FTP

Apa khabar adik-adik? Pagi ni abang ada banyak kerja yang perlu disiapkan. Tetapi abang rasa malas pulak nak buat, senang cakap Mood tak mari lagi. Hehehe…

Jadi bagi mengisi masa lapang yang dibuat-buat ni, abang rasa elok abang tulis artikel apakah itu FTP dan bagaimana cara mudah untuk adik menggunakannya nanti.

Apakah itu FTP?

Berikut ialah definisi FTP dari Wikipedia:

File Transfer Protocol (FTP) is a network protocol used to exchange and manipulate files over a TCP computer network, such as the Internet. An FTP client may connect to an FTP server to manipulate files on that server.

Pehh… mari abang terjemahkan mengikut kefahaman abang yang tak seberapa ni:

FTP ialah satu protokol jaringan yang digunakan untuk menguruskan fail-fail melalui jaringan TCP komputer dan internet. FTP Client akan bersambung kepada FTP Server dan kemudian pengurusan fail akan berlaku.

Berikut ialah maklumat-maklumat penting yang adik perlu ada sebelum menggunakan FTP.

1. Alamat FTP

Fungsi alamat FTP adalah sama seperti nama domain. Antara contoh alamat FTP adalah seperti ftp.abangwebmaster.com atau abangwebmaster.com. Alamat FTP ini bergantung kepada info yang diberikan oleh syarikat hosting adik. Kadangkala, alamat FTP ni menggunakan nombor IP sahaja seperti 112.111.23.21. Jadi adik-adik jangan takut dan kalut sekiranya alamat FTP tersebut menyerupai nombor IP dan bukan nama domain.

2. Port FTP

Maksud port disini bukanlah port melepak yang sering kita dengar. Akan tetapi funsi port ini lebih kepada ‘lubangservice(perkhidmatan) FTP tersebut. Sebagai contoh, port default untuk melayari sesebuat website ialah 80. sebagai contoh cuba adik taip alamat www.abangwebmaster.com:80 dan adik-adik akan disambungkan ke laman hadapan web abang. Jadi, untuk port yang biasa digunakan oleh FTP  pula ialah 21. Sebagai contoh abangwebmaster.com:21. Suka abang ingatkan, nombor port ini bergantung kepada setting yang disediakan oleh syarikat hosting tersebut.

3. Kata nama dan Kata laluan(Username & Password)

Ini juga penting. Jika tiada maklumat ini, kita bagaikan masuk ke rumah orang lain tanpa memberi salam. Akibatnya kita akan dihalau. Maklumat ini juga akan diberikan oleh syarikat hosting. Selalunya kata laluan ini sama seperti kata laluan untuk menggunakan Hosting Control Panel seperti Cpanel dan Plesk.

Abang, FTP client tu apa?

FTP client ialah satu program yang akan menghubungkan kita dengan server. Terdapat banyak FTP client yang bertaburan di internet seperti FileZilla, CuteFTP, FireFTP dan WinSCP. Tapi pada kali ini kita akan belajar menggunakan FileZilla. Yey!

Mari belajar guna FileZilla!

Untuk langkah pertama, adik perlu muat-turun program ini dari laman web rasmi FileZilla.  Atau jika adik berasa nak cepat, atau malas-malas sedikit, hanya klik disini(Untuk WindowXP).

Selepas selesai proses muat-turun ke komputer adik, sila jalankan proses installasi seperti biasa. Abang bayangkan adik pernah menginstall software-software pirate sebelum ni, oleh itu adik pasti tidak mempunyai sebarang masalah ketika menjalankan proses installasi FileZilla ini nanti.

Selesai sahaja instalasi, jalankan program FileZilla tersebut. Paparan antaramuka akan terpapar. Perhatikan di bahagian atas dimana adik-adik akan nampak kotak-kotak kosong yang bernama Host, Username & Password.

ftp1

Isi kotak kosong tersebut dengan info yang telah abang terangkan tadi. Jika port FTP adik-adik ialah 21, biarkan kosong pada bahagian Port dan klik butang Quickconnect.

Sekiranya jika tiada masalah, adik kini telah masuk ke dalam hosting. Lihat contoh dibawah.

ftp2

Cuba adik-adik perhatikan pada bahagian A dan B. Bahagian A ialah senarai fail yang ada didalam komputer adik-adik, manakala bahagian B ialah senarai fail yang ada didalam hosting.

Ok, adik dah ada fail yang nak di upload. Tapi nak upload ke folder yang mana?

Ok, sedikit info mengenai hosting. Secara default, terdapat folder yang khusus untuk adik-adik perlu gunakan untuk menyimpan fail. Sebagai contoh, folder yang perlu adik gunakan ialah bernama public_html, manakala www pula ialah Shortcut kepada folder public_html. Jadi adik boleh gunakan kedua-duanya kerana ianya adalah tempat yang sama.

Untuk memindahkan fail dari komputer adik ke hosting, adik hanya perlu click fail yg ada didalam bahagian A, kemudian klik-jangan-lepas(drag) fail tersebut kedalam bahagian B iaitu didalam folder public_html atau www.

Perlu abang tekankan disini, pengurusan fail amat penting didalam hosting, kita tak mahu di kemudian hari nanti, adik-adik akan tersesat didalam timbunan fail-fail adik sendiri. Abang akan berikan contoh pemetaan URL supaya adik-adik dapat memahami dengan cepat relatif diantara public_html(www) dan URL domain adik.

Contoh 1: Upload hello.html kedalam public_html

Untuk membuka file ini nanti, adik hanya perlu mnggunakan URL:

http://www.namadomain.com/hello.html

Contoh 2: Upload hello.html kedalam public_html/folder1

Maksudnya adik telah memindahkan fail tersebut kedalam folder folder1 yang berada didalam folder public_html. Untuk membuka file ini, gunakan URL berikut:

http://www.namadomain.com/folder1/hello.html

Mudah kan?

Tips

  1. Setiap page hadapan perlu menggunakan nama index. Contohnya seperti index.html, index.htm & index.php
  2. Pastikan tiada ruang kosong diantara nama file yang baik ialah ini_nama_file.html, manakala nama fail yang jahat ialah ini nama file.html. Sesungguhnya ini adalah sangat tidak professional. Jadi untuk menggantikan ruang kosong ini adik boleh gunakan tanda “_” atau “-“.
  3. pastikan juga tiada huruf besar. Gunakan huruf kecil.

Nampaknya itu sahaja yang abang dapat ajarkan untuk kali ini. Semoga pembelajaran kali ini dapat memberi pedoman kepada adik dalam bergelumang didalam bidang webmaster.

Artikel Berkaitan



  1. semakla on Thursday 30, 2009

    salam bro…nice

  2. ardzham on Thursday 30, 2009

    Seronok gak baca walau benda yang dah lama tau, teringat masa memula bina laman sekitar tahun 2001 dulu, terkial-kial belajar dengan kawan yang sama minat. Bermula dengan Geocities, kemudian Tripod, Bravepages dan Netfirms. Berblog bermula dengan Blogdrive, sekarang dengan Blogspot dan WordPress.

    Semua tu pengalaman yang tak ternilai harganya…..

  3. Abang Is on Thursday 30, 2009

    yaa.. dulu-dulu ada provider Tripod, Geocities, Xoom, etc.. dan zaman tu setiap website kena ada web counter dengan guestbook. tu perkara wajib. hehe..

  4. Eriyza on Thursday 30, 2009

    Terima kasih Abe Lie.
    Adakah caranya sama tuk web dan blog??
    Kalo ada kelapangan bleh perjelaskan lg tuk
    blog berjenama WordPress. :D

  5. Abang Lie on Thursday 30, 2009

    Ya Eryza, konsep sama. Abang Lie permudahkan ye, beli hosting yang menggunakan Cpanel sebagai hosting control panel, dan ikuti tutorial Abang Din disini

    http://www.abangwebmaster.com/topik-06-cara-install-wordpress/

    Tetapi bagi yang tak menggunakan Cpanel jgn gundah gulana, ada cara yang agak mudah untuk menginstallkan wordpress secara ‘manual’. InsyaAllah nanti abang terangkan. :)

  6. syamimi on Thursday 30, 2009

    salam
    saya nk tanya cara nk upload database sql ke dlm server
    really need help
    dh try buat ikut tutorial yg ada..
    still x jadi
    boleh ym saye

  7. Abang Lie on Thursday 30, 2009

    Hi adik Syamimi, Tutorial yang abang tunjuk ni hanyalah untuk transfer file sahaja, bukan Sql dump file.

    Terdapat beberapa cara untuk ‘dump’ sql tersebut. Tetapi, cara yang paling mudah ialah menggunakan PhpMyAdmin. Program ni didatangkan bersama pakej hosting.

    sila lihat artikel ini:
    http://www.abangwebmaster.com/cpanel-mysql-cara-mudah-tambah-database/

    Semoga ianya dapat membantu.