Salam sejahtera kepada adik-adik yang berada di rumah, pejabat dan cyber-cafe(Teringat pulak zaman cybercafe baru tumbuh kat Seberang Jaya, penang tahun 1997 dulu, sejam rm8 dik oii.). Semoga adik-adik berada didalam keadaan yang sihat.
Kali ini, abang ingin memperkenalkan kepada adik satu topik yang agak berat, iaitu pembinaan web secara dynamic dengan menggunakan PHP.
Kenapa perlu Web Dinamik?
Sebagai contoh, adik telah merekabentuk satu laman web yang mempunyai 4 muka bersaiz A4(haha.. adik-adik jangan guna perkataan A4 ya). Didalam tiap-tiap muka terdapat menu navigasi, bahagian atas(header) dan bawah(footer). Pada ketika ini, adik-adik tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengemaskini setiap muka mengikut citarasa pelanggan. Kemudian, tiba-tida pelanggan adik mahu menambah sebanyak 200 muka surat… Pehh, lumayan kan? Adik pun buat la 200 muka tu. Sebulan selepas itu, pelanggan adik call nak tambah 1 lagi menu kat header. Jadi sekarang, terpaksalah adik-adik mengemaskini sebanyak 204 muka web. Letih kan?
Oleh sebab itu, kita amat memerlukan web dinamik.
Antara sebab kenapa PHP menjadi pilihan?
- Opensource(Sumber terbuka) = FREE!
- Tahap memproses yang pantas
- Mudah dipelajari
Untuk menjalankan coding PHP ini, kita memerlukan sebuah web server. Sila lihat tutorial yang telah abang tulis sebelum ini tentang bagaimana mahu membina sebuah web server.
Untuk editor pula, terdapat banyak applikasi yang boleh kita guna. Antaranya ialah:
Ayuh! Mari kita mulakan sekarang.
Sama seperti HTML, PHP mempunyai opening tags yang tersendiri. Lihat code dibawah:
<?php // code PHP ?>
Seperti contoh diatas, tanda “<?php” ialah pembuka tags php, manakala “?>” ialah penutupnya. Apa yang menariknya, kita boleh gabungkan tags PHP bersama-sama HTML.
<div id="nama">
Tarikh hari ini: <?=date('d M Y')?>
</div>
Tags “date()” diatas akan memaparkan tarikh. Perlu diingatkan, walaupun tags PHP dimasukkan kedalam HTML, file tersebut harus disimpan didalam format “.php”.
Itulah sedikit sebanyak pengenalan untuk PHP yang ingin abang kongsi bersama adik-adik. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PHP, sila lawati lama web rasmi mereka di:
Nantikan tutorial PHP dari abang selepas ini. Stay tuned!




Abang Lie..cikgu tua mcm kak jie ni..erk..bukan
murid hujung² remaja mcm kak jie ni benak sikit
susah nk faham
takpa… nanti Abang Lie rungkai satu persatu…
Bro Lie.. saya pun sama..Otak berkarat..susah nak faham bab php. Berminat dan dah install Xampp. tapi jadi tukun. tengok je..hehe
boleh x ajr saya bt web.. saya tahu asas ckit2 tp nk guna cpanel tu pening la…mcmner nak pasang skrip autoresponder dll tu.. nk upload ke hosting dll.. belajar secara personal coaching n saya sanggup bayar..
Camni dik. Abang rasa seeloknya jika adik ada budget, beli buku-buku berkenaan web design buat beginner/newbie. Dengan cara ini, abang percaya adik akan lebih faham tentang web design. Antara perkara paling asas yang adik perlu tahu adalah:
HTML
HTML amat penting kerana inilah markup standard untuk laman web. Tak kiralah bahasa pengaturcaraan website tu PHP, ASP, JSP atau apa-apa P pun, outputnya akan jadi HTML jugak. Antara program yang adik boleh guna adalah seperti
- Dreamweaver(berbayar)
- Notepad++ (Percuma)
- NvU(Percuma)
Image editing
Setiap laman web memerlukan imej dan antaramuka yang berkesan. Bak kata pepatah webmaster, imej dan rekabentuk laman web tidak dapat dipisahkan. Antara program yang adik boleh guna adalah:
- Adobe Photosop(Berbayar)
- GIMP(Percuma)
Jadi, selepas adik membaca buku tersebut, dan mempunyai sebarang masalah, kami di Abang Webmaster sudi membantu.
abang lie dah pi mana..x sabar2 saya tunggu abang lie update pasal artikel PHP T_T