Hi adik-adik, didalam posting abang sebelum ini, abang sudah memberikan sedikit gambaran tentang apa itu PHP dan keperluannya didalam bidang pembinaan laman web. Sekarang, mari kita sambung pembelajaran pertama kita tentang PHP. Di dalam PHP, bahagian paling penting yang perlu kita fahami ialah Variable atau dalam bahasa melayunya pembolehubah (Abang tahu, nama ni tak sedap). Fungsi variable ialah untuk menyimpan data seperti perkataan, abjad ataupun nombor yang akan digunakan oleh arahan yang kita buat. Rupa variable adalah seperti dibawah.
$hello
Perhatikan terdapat tanda ‘$’ untuk variable. Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas, lihat senario dibawah.
Katakan adik adalah seorang tukang masak. Adik hanya akan memasak bila ada pesanan dari pelanggan melalui Pelayan Restoran(Waiter). Jadi, status variable adalah seperti berikut
$nama_masakan = ''; $kuantiti = '';
Value untuk $nama_masakan masih kosong kerana tiada pesanan yang dibuat oleh pelanggan. Sekarang, seorang pelanggan telah masuk kedalam restoran dan membaca menu-menu masakan yang membuatkan pelanggan adik kecur air liur. Pelanggan tersebut telah tekad, beliau ingin memesan Nasik Goreng Ayam. Sekarang, waiter tersebut sudah mendapat tahu makanan yang diperlukan oleh pelanggan. Oleh itu, variable tersebut sudah berubah.
$nama_masakan = 'Nasik Goreng Ayam'; $kuantiti = '1';
Jadi, waiter tersebut memberikan variable $nama_masakan yang mempunyai value ‘Nasik Goreng Ayam’ kepada adik untuk dimasak. Kesimpulannya adalah seperti berikut.
$nama_masakan = 'Nasik Goreng Ayam'; $kuantiti = '1'; print 'Saya telah memasak '.$kuantiti.' pinggan '.$nama_masakan.' selepas mendapat pesanan dari pelanggan.';
Output yang keluar ialah:
Saya telah memasak 1 pinggan Nasik Goreng Ayam selepas mendapat pesanan dari pelanggan.
Abang harap adik-adik boleh faham apa yang abang cuba sampaikan diatas. he he he…
Mari kita buat sedikit latihan tentang variable. Buka text editor pilihan adik(Notepad++, Dreamweaver atau windows notepad). Didalam editor tersebut taip code dibawah
<?php print 'Hello, saya dijana oleh PHP!'; ?>
Kemudian save sebagai ‘hello.php’ didalam folder www. Abang andaikan adik telah menginstall AppServ, dan folder tersebut terletak di
C:\AppServ\www
Kemudian buka Internet browser dan taip URL dibawah
http://localhost/hello.php
Apa yang adik-adik nampak di dalam browser tersebut?
Untuk pengetahuan adik, kita juga dapat memasukkan apa-apa fungsi PHP didalam variable. Untuk contoh dibawah, abang masukkan date() yang berfungsi sebagai pemproses tarikh didalam PHP.
<?php
// proses tarikh seperti 02 Jun, 2009
$tarikh = date('d M, Y');
print 'Tarikh hari ini ialah: ' . $tarikh;
?>
Output adalah seperti berikut
Tarikh hari ini ialah: 02 Jun, 2009
Apa kata kita cuba lagi, kali ini kita bermain dengan nombor. Variable juga boleh berada di dalam variable yang lain.
<?php $a = '10'; $b = '25'; $jumlah = $a + $b; print $a . ' tambah ' . $b . ' dapat ' . $jumlah; ?>
Ok, bagaimana pula rupanya jika kita masukkan bersama-sama tags HTML?
<?php
// set tajuk
$tajuk = 'Laman Web Dinamik Pertama Saya';
// set isi kandungan
$isi = 'Hello, saya sedang belajar PHP bersama Abang Webmaster!<br>Marilah kita belajar bersama-sama.';
?>
<html>
<head>
<title><?=$tajuk?></title>
<style>
.style {
background-color:#FFE3D7;
border:1px solid #804000;
padding:10px;
width:500px;
font-family:Verdana;
font-size:12px;
line-height:20px;
}
</style>
</head>
<body>
<div class="style">
<?=$isi?>
</div>
</body>
</html>
Sedikit Tips
Didalam value variable, kadang kala kita perlu menggunakan ‘backslash’ untuk mengelakkan error. Cuba lihat contoh dibawah
$string = 'apakah itu \'PHP\' '; $string = "apakah itu \"PHP\" "; $string = "apakah itu 'PHP' "; $string = 'apakah itu "PHP" ';
Dalam contoh 1, kita perlu menggunakan backslash kerana single quote itu sama dengan pembuka value variable tersebut yang juga menggunakan single quote. Ini juga sama dengan contoh 2 yang menggunakan double quote untuk pembuka value.
Untuk contoh 3 dan 4, kita tidak menggunakan backslash kerana quote yang berada didalam value berlainan dengan pembuka value.
Begitulah sedikit sebanyak yang dapat abang tunjuk buat masa sekarang. Abang berharap adik-adik dapat memahami tujuan variable kerana ianya merupakan pengetahuan yang penting untuk mempelajari PHP.
Akhir kata… Jagalah diri, hiasi peribadi.




Artikel menarik.
Short code untuk php tidak digalakkan. Cadangkan menulis full code <? php
Aduii..minat Php tapi Payah betul nak faham..Saya baru intal Xampp