Hai adik-adik semua. Di petang hari ahad yang lapang ni, abang nak menulis tentang apa yang adik-adik perlukan untuk membolehkan kita belajar CSS dan XHTML dengan lebih berkesan. Sebenarnya abang nak tunggu dalam 2,3 hari lagi, nak biarkan adik-adik semua rindu banget kat abanglah kononnya. Tapi nasib baik abang ni jenis tak suka mengabaikan adik-adik semua. Hihihi…
Baiklah, cukuplah abang mengada-ngada sekejap tadi. Seperti mana-mana subjek, contohnya subjek lukisan. Kita kena ada perkakasan seperti kertas lukisan, berus mewarna, water kaler, palet, pensel, dan air. Maka, begitulah juga dengan CSS dan XHTML. Oh ya adik-adik, mengapa abang turut mengaitkan XHTML? Untuk pengetahuan adik-adik, CSS dan XHTML bagaikan ombak dan pantai, umpama lagu dan irama, yang tidak dapat dipisahkan lagi. Syahdu bukan?
Baik, sila kesatkan air mata yang berlinangan di pipi adik-adik. Jadi, untuk memperkasakan dan memudahkan pemahaman adik-adik tentang CSS dan XHTML, kita memerlukan beberapa perkakasan. Di zaman ekonomi yang tak menentu atau gawat ini, abang sedar yang kita perlu menyahut seruan kerajaan, iaitu dengan berjimat cermat. Jadi, abang akan cuba sedaya upaya untuk menyenaraikan perkakasan yang boleh didapati secara percuma. Di antaranya ialah:
- Sebiji komputer atau laptop. Ya, ini adik-adik kena beli sendiri, atau kalau nak mudah, pinjam dengan kawan-kawan. Abang tak kisah sama ada adik ni pengguna Windows, Mac OS X, atau Linux. Abang tidak akan membuat sikap pilih kasih di sini. Tapi adik-adik sila pastikan yang komputer/laptop adik-adik mempunyai sambungan internet. Ini untuk memudahkan adik-adik memuat turun perisian percuma, dan membaca artikel abang di sini.
- Editor teks — Untuk pengguna Windows, boleh guna notepad. Pengguna Mac OS X, boleh guna TextEdit, manakala untuk pengguna Linux, bolehlah guna GEdit(untuk Gnome), atau KEdit(untuk KDE). Namun, demi menjadikan proses pembelajaran semakin rancak dan menyeronokkan, abang sarankan adik-adik yang menggunakan Windows untuk mencuba Notepad++ yang boleh dimuat turun secara percuma. Adik-adik yang menggunakan Linux juga boleh mencuba perisian ini dengan bantuan TheWine. Malangnya, untuk adik-adik yang menggunakan Mac OS X, maafkan abang kerana tidak banyak perisian yang percuma untuk dicuba. Versi berbayar seperti Coda, dan Espresso sangat menarik. Tapi tu la, kena bayar.
- Adik-adik perlu ada sekurang-kurangnya 3 jenis pelayar web yang berbeza. Pelayar web yang abang sarankan ialah, Firefox, Opera(atau boleh guna Chrome), dan Internet Explorer 6, dan Internet Explorer 7. Pelayar web utama yang akan kita guna ialah Firefox, diikuti oleh Internet Explorer 6 dan 7 untuk melihat sama ada munculnya bug di dalam kod CSS kita. Manakala Opera atau Chrome sebagai langkah berjaga-jaga kita untuk memastikan laman web kita bebas dari segala masalah kompatibiliti.
- Oleh kerana pelayar web utama yang akan kita guna ialah Firefox, maka kita akan mengoptimakannya lagi dengan memasang 2 addon, iaitu Web Developer Toolbar, dan Firebug. Jangan risau, abang akan tunjukkan nanti cara-cara menggunakan addon ini kelak.
- Selain tu, adik-adik perlu kentalkan diri masing-masing, dan tanamkan sikap tidak mudah mengalah. Ini penting untuk mengelakkan adik-adik kecewa di hari kemudian akibat kecewa kerana tidak dapat menguasai CSS dan XHTML. Pesan abang, CSS dan XHTML akan menjadi mudah sekiranya adik bersikap terbuka dan ada kesungguhan untuk belajar.
Rasanya itu sahaja yang adik-adik perlukan, selain komputer dan yuran internet, semuanya adalah percuma. Hatta, adik-adik tak perlu membayar yuran walaupun sekupang untuk belajar CSS dan XHTML di sini. Hehe..
Selepas ni, InsyaAllah kita akan mula belajar untuk menguasai konsep CSS dan XHTML. Jangan lupa tau untuk pasang perisian-perisian yang abang dah tulis kat atas.
Sampai bertemu lagi, tata titi tutu.




Utk pengguna linux saya cadangkan guna Bluefish Editor..
lebih banyak function dari gedit..
Cun betul avatar adik, sampai buat abang terpikat, hehe.. Eh apa adik cakap tadi? Owh ya, Bluefish Editor, abang tak pernah lagi guna perisian tu, tapi kalau adik cakap yang tu lebih banyak function, mungkin ada benarnya. Terima kasih ya adik sebab berkongsi info.
Thank you Abe Zai.
Sama-sama, I love you too.
panggilan abg-adik tu buat aku tergelak sorang2.haha.
anyway i like this blog ^^
Abang pun suka amoi datang sini, bertandanglah lagi, jangan lupa ajak kawan-kawan sama.
Abang, best laa….. kikikikiki
[...] Perkakasan untuk belajar CSS dan XHTML [...]
Abang pun suka bila en tat gelak macam tu, hehe
kak jie dah install web developer toolbar dgn firebug tu..tunggu kelas seterusnya
cikgu jangan ponteng tau
mimi pon nk tunggu kelas abg seterusnye..hihi
Abg, notepad++ tu byk sgt sub file utk di download. bleh tak bg specific link trus ke benda alah yg nak di download kan.. tengkiu!
Editor teks pic atas tu apa nama dier??
Abang Zai mintak maaf sebab tak dapat nak tulis tutorial baru sebab abang bizi bangat sekarang.
Ahmadhi, klik “Download Notepad++ executable files” di halaman tu.
Gambar dalam entri ni merujuk kepada Firebug.
Asal terjumpa web nih…terus terlekat. Bro Zai n Geng memang Mantapppp