Hello adik. Bagaimana life adik hari ni? Abang harap adik sentiasa sihat. Hari ini abang akan menceritakan apa itu Page Rank. Untuk memudahkan lagi adik memahami apa itu Page Rank (PR) abang akan memendekkan cerita supaya adik senang faham. Sebenarnya Page Rank ini adalah ibarat alat pengukur bagi mempopularkan laman web adik. Jika adik mempunyai Page Rank yang tinggi maka peluang untuk laman web adik berada di tangga teratas di setiap carian search engine makin cerah.
Bagaimana ini berlaku? Sebenarnya adik tak perlu risau. Semua benda ini akan dilakukan secara automatik oleh “robot search engine”. Apa itu robot serach engine? Robot search engine adalah satu system yang digunakan oleh search engine seperti Google untuk mengunjungi laman-laman web yang baru dan kandungan-kandungan yang baru di update. Page Rank ini sebenarnya menunjukkan bertapa pentingnya laman web adik di search engine.
Apa yang akan abang bincangkan pada hari ini ialah, adakah penting Page Rank ini? Sebenarnya adik, page rank itu tak dapat dipastikan kebaikkannya. Yang penting untuk sesebuah laman web ialah isi kandungan yang terdapat dalam laman web adik. Isi kandungan memainkan perkara penting kerana, setiap ayat terbaik dapat mempopularkan sesebuah laman web.
Untuk menarik ramai penggunjung ke laman web adik, banyak faktor yang harus dititik beratkan. Selain dari kandungan yang padat, rekabentuk laman web juga harus diambil kira. Elakkan dari mempamerkan iklan-iklan yang terlampau banyak sehingga boleh menjulingkan mata pembaca.
Percayalah adik, dulu sebelum wujudnya Page Rank dan wujudnya web-web jutawan Internet, sebuah laman web automotif yang popular di Malaysia (Zerotohundred.com) amat popular sekali dan sentiasa berada di ranking teratas. Web ini amat popular bukan kerana Page Rank, tetapi ia popular disebabkan kandungan dan info-info yang terdapat di dalamnya.
Semoga kita berjumpa lagi. Jagalah diri hiasi peribadi
Sekian




setuju. memanglah benar pagerank itu penting tetapi utamakanlah isi kandungan blog kita itu =)
Page rank tuh sebenonya tuk tgk sejauhmana web wal blog
kita popular, ia betujuan sbg pemberitahuan jer.
page rank sgt penting utk lihat sajuh mana traffik blog aku.^^