Senarai Artikel Terbaru:
Minisite Percuma Lagi

Heh… apa khabar adik-adik. Hari ni abang tengok ramai sungguh yang datang melawat web abang ni. Penat menjawab komen dari adik-adik. Abang rasa abang macam artis la pulak. Tangan pun dah jadi 8 dah ni. Tak pernah dapat banyak komen banyak macam ni. Seingat abang, last sekali abang dapat komen banyak-banyak ni masa tahun 1998 dulu.

Masa tu abang buat web yang bagi orang download MP3. Heh.. memang salah buat web tu, tapi rasa macam best bila ada orang masuk web kita dan request lagu. Rasa macam DJ Radio pulak. Akaun web Geocities dgn akaun e-mail Yahoo pun banyak la abang ada time tu. Tapi tu cerita lama la. Sekarang abang dah jadi warganegara yang bertanggungjawab dah. Abang sekarang dah daftar mengundi dan membayar income tax.

Oklah, sempena ingin membalas jasa adik-adik abang yang melawat web ni, abang dah sediakan satu FREE MINISITE untuk adik-adik download. Konsep kali ni simple saja. Simple. Kenapa simple? Pasal tadi abang ada baca iklan IKEA kat paper bila ntah. Macam berkenan pulak tengok design macam tu. Jadi, macam biasalah.. Minisite tu adik-adik boleh download kat bawah. Demo pun ada skali abang letak untuk preview.

Kalau nak tengok demo Ketip Disini

Ketip Sini Untuk Download (182)

Artikel Berkaitan



  1. Mustaffa on Saturday 2, 2009

    lebih kurang sama jer apa yg kita buat dulu2.. saya buat web download lagu format realmedia.. tq kerana beri template minisite ni..

  2. Abang Is on Saturday 2, 2009

    owhh.. adik pun buat benda tu jugak ke. hehe.. nasib baik kita tak kena tangkap dibawah akta cetak rompak. dah la pakai cd citak rompak utk buat lagu.

  3. chokilala on Saturday 2, 2009

    dapat banyak komen ye bang? sebab ada org promote blog ni dekat twitter, n ada yang retweet balik. hehe. blog ni takde twitter ke?

  4. hydir on Saturday 2, 2009

    salam
    singgah mahu tgk minisite ni camna :)

  5. Abang Is on Saturday 2, 2009

    yaa.. sila sila…

  6. Abang Is on Saturday 2, 2009

    twitter? yang ada logo anak ayam tu ke? ehh.. bukann.. anak burung kot. haa.. nantilah abang suruh pasukan abang buat. abang ni tak berapa pandai sangat. dah tua dah dik oii..

  7. shA on Saturday 2, 2009

    heh…khabar baik..kih3

  8. Murni on Saturday 2, 2009

    tq sebab lawat blog saya, kalo tak, saya tak tau tentang blog abang is ni…dah subscribe pun.

  9. Abang Is on Saturday 2, 2009

    yaa.. ramai yang tak tahu lagi.. sebab baru semalam saja ada online.. hehe