Senarai Artikel Terbaru:
Minisite Dengan Platform WP

Hello adik-adik, apa khabar? Harap adik-adik semua berada dalama keadaan sihat sentiasa. Apa projek adik-adik di hujung minggu ini? Harap adik-adik sudah memikirkannya dan abang harap projek adik-adik itu berfaedah. Bagaimana template minisite yang telah abang berikan dulu. Sudahkah adik-adik mencubanya? Kalau yang telah mencuba baguslah. Tapi pada hari ini, di atas permintaan dari adik-adik, abang ada sedikit info untuk projek minisite. Minisite kali ini agak unik sedikit kerana ia boleh digunakan bersama WordPress.

Tahukah adik-adik kebaikkan menggunakan minisite yang dijanakuasa oleh WordPress? Yaa… minisite jenis ini banyak membantu adik-adik terutama dalam mempromosi produk adik-adik di Internet. Minisite yang abang akan ceritakan pada adik-adik hari ini ialah themes minisite yang dibagunkan oleh Flexbility Themes. Untuk menggunakan themes minisite ini, adik-adik haruslah mempunyai perisian WordPress yang di install dalam server hosting adik-adik. Cara menggunakan themes ini sama seperti meng-install themes wordpress yang lain.

Themes ini memang cantik dimana adik-adik boleh menukar layout dan warna minisite adik-adik mengikut citarasa sendiri tanpa memerlukan pengetahuan HTML. Ia memang mudah untuk digunakan dan terdapat pelbagai background yang menarik telah disediakan. Bagi adik-adik yang mempunyai pengetahuan CSS, menjadi satu advantage apabila menggunakan themes ini.

Walaupun themes ini cantik dan mudah untuk digunakan, terdapat satu masalah yang harus adik-adik ketahui. Themes ini tidak sesuai untuk pengguna yang menggunakan browser Internet Explorer 6. Warna background pada themes ini tidak dapat dilihat kerana Internet Explorer 6 tidak dapat membaca code CSS sepenuhnya dalam themes ini. Biarpun themes ini mempunyai satu kelemahan, abang rasa adik-adik harus mencubanya untuk menjadikan minisite adik-adik lebih menarik dan berinformasi.

Untuk menggunakan themes ini, abang nasihatkan adik-adik membaca dahulu Instruction yang telah diberikan bersama themes yang telah adik-adik download

Sebelum adik-adik menggunakan themes ini, abang ada sediakan satu contoh minisite yang menggunakan themes ini. Klik untuk demo

Download : WP Minisite (190)

flex-full

Artikel Berkaitan



  1. kaizer on Thursday 4, 2009

    Bukan sahaja cantik malah ringangankan abg web.Blog abag ni mcm mn abg buat mudah loading.

  2. Abang Is on Thursday 4, 2009

    rahsia mcm mana web ringan ke? senang saja dik… jangan letak banyak sangat iklan terutama iklan apa nama tu nuffnang. abang pernah buat experiment letak nuffnang… pehh.. lambat web abang jadinya. mcm server duduk di negara uganda. dan yg kedua, tengok juga hosting mana kita pakai. mcm web abang ni, abang pakai mesra hosting. space 10gb. harga rm150 utk 1 tahun. pada pandangan abang, mesra hosting sekarang dah banyak improve…

  3. Adam on Thursday 4, 2009

    Terima kasih untuk info. Banyak juga plugin yang sesuai untuk buat minisite.

  4. Kak Lia on Thursday 4, 2009

    terima kasih selesaikan masalah akak
    Semoga allah berkati abgwebmaster..
    memang betoi-betoi master…
    terima kasih banyak-banyak ye dik

  5. Abang Is on Thursday 4, 2009

    hehe.. aminn :P

  6. hasfa on Thursday 4, 2009

    Salam..pada Bro Web ni dan pegunjung setia di sini.
    Seronok Baca penerangan bro yang mesra bace penuh info.
    Saya hampir tiap hari la masuk sini nak belaja dari Bro Master yang tidak kedekut ilmu.

  7. megat on Thursday 4, 2009

    terima kasih bro! ianya amat bermakna bagi orang macam saya. insya allah saya cuba explore kat local server saya.

  8. muhdfarhan on Thursday 4, 2009

    cantik bro!