Hai semua. Untuk pengetahuan adik-adik, Abang Zai merupakan penulis baru di sini. Walaupun baru, pengalaman abang dalam bidang pembangunan web tidaklah terlalu baru. Abang telah mula membangunkan laman web sendiri pada tahun 2002. Tapi, abang mula serius dalam bidang ini pada tahun 2006 dengan kemunculan WordPress.
Oh ya adik-adik, zaman itu(tahun 2002), laman web berorientasikan Flash tersangatlah popular. Orang tak pandang langsung laman web yang guna table dan grafik yang statik. Abang rasa mereka pada zaman itu tak sedar diri sebab talian internet ketika itu cumalah sekitar 56kpbs, Streamyx pun takda lagi zaman tu. Abang pun salah seorang dari mereka yang tak sedar diri ketika itu dek terpegun dengan kecanggihan teknologi Flash dari Adobe.
Sungguh pun demikian, ada juga di antara pembangun laman web yang tak pandang langsung Flash ketika itu. Mereka lebih gemar mengikut piawaian yang ditetapkan oleh W3C. Piawaian yang ditetapkan itu ialah Web Standards. Ya adik-adik, zaman sekarang, ramai yang bercakap perihal Web Standards walaupun benda ini sudah lama berada di persada internet.
Sebelum Abang Zai mengomel bukan-bukan dan off-topic, salah satu teknologi yang ditetapkan oleh W3C ketika itu ialah penggunaan StyleSheet di dalam dokumen HTML untuk tujuan penggayaan(Styling). Bermula dengan versi CSS 1.0, CSS 2.1, dan kini sudah mencapai versi CSS 3(walaupun belum semua pelayar web menyokongnya). Untuk pengetahuan adik-adik, CSS dicipta oleh Håkon Wium Lie, yang kini sedang berkerja sebagai CTO di Opera. Ya adik-adik, Opera ialah sebuah syarikat yang membangunkan pelayar web Opera.
Kemaskini: Tadi Abang Zai terlalu ghairah sampaikan terlupa nak selitkan contoh kod CSS dalam artikel ni. Sakit jugak kepala Abang Zai lepas kena sekeh dengan Abang Lie tadi. Abang Zai harap adik-adik tidak marah kepada abang. Ini contoh kod CSS, supaya adik-adik tidak tersilap selepas ini:
body { background:#ccc url(images/bg.png) repeat; background-attachment:fixed; font: 76%/115% georgia,verdana,Arial; text-align:left; line-height:20px; color:#666; } |
Nota: Jangan risau, abang takkan lupakan janji-janji manis abang terhadap adik-adik semua. Abang akan menulis dengan lebih komprehensif dan ekselen lagi selepas ini tentang CSS.
Kita tinggalkan dulu sejarah tentang CSS, kerana Abang Zai tahu, adik-adik kurang gemar belajar sejarah. Baiklah, CSS atau akronim untuk Cascading Style Sheets merupakan bahasa penggayaan/skrip(Styling/Scripting Language), dan bukannya bahasa pengaturcaraan(Programming Language). Jadi, tujuan CSS dibuat hanyalah untuk menggayakan dokumen HTML/XHTML supaya menjadi seperti rekabentuk yang kita inginkan.
Persoalannya di sini, kenapa kita perlu gunakan CSS ya adik-adik?
Di sini, biar abang terangkan apa kelebihan menggunakan CSS untuk laman web:
1) Kepantasan dari segi loading laman web. Ya adik-adik, laman web adik-adik semua akan dipaparkan dengan lebih pantas, berbanding dengan laman web yang menggunakan Flash, atau pun laman web zaman kuno yang menggunakan table.
2) Kepantasan dari segi suntingan. Maksud abang di sini ialah, adik-adik tidak akan membazirkan masa ketika menyunting laman web adik. Contohnya, jika laman web adik-adik mempunyai 10 halaman, adik-adik cuma perlu menyunting SATU fail css sahaja, dan semua halaman tadi akan digayakan mengikut arahan-arahan CSS yang telah adik-adik ubahsuai. Seronok bukan? Jadi jangan bazirkan masa adik-adik kerana ustaz Abang Zai pernah berpesan, membazir itu amalan syaitan. Bukan abang yang cakap tau, ustaz abang yang cakap.
Sebenarnya adik-adik, ada banyak lagi kebaikan jika kita menggunakan CSS, tapi bagi Abang Zai, biarlah adik-adik yang merasai dan melihat sendiri kelebihan CSS. Tapi adik-adik perlu ingat, CSS pun ada kelemahan. Walaupun tidak ketara, tapi ada kalanya ianya agak menduga kesabaran kita sebagai pembangun laman web. InsyaAllah abang akan menulis tentang kelemahan CSS di masa depan.
Untuk mendalamkan lagi pengetahuan adik-adik tentang CSS, abang sarankan supaya adik-adik rajinkan diri untuk membaca artikel di w3schools, A List Apart, dan CssPlay. Atau adik-adik boleh menggunakan khidmat laman web enjin carian untuk belajar tentang CSS.
Pesan abang, jangan malas untuk membaca, dan jangan takut untuk mencuba. Tak pernah lagi abang dengar ada orang mati akibat kecewa apabila tidak dapat belajar CSS.
Babai adik-adik semua. Terima kasih kerana sudi membaca artikel Abang Zai kali ni.




Sy diperkenalkan kepada web ini oleh InfoMalaya.
Css benda paling payah sy nak paham, heharap
bleh laa bantu sy lam pembikinan blog yer.
Bagus gak penulis kat sini ada unsur lawak,
taklah bosan membaca koding. Hehehe!!!
Kepada saudari Eriyza, jangan risau, InsyaAllah abang akan bantu sapa-sapa yang nak belajar, asalkan ada kesungguhan yang membara dalam hati nurani masing-masing.
Jangan lupa ajak pakwe, jiran tetangga, kawan-kawan, anak sedara, adik angkat, pak sedara Eriyza datang sini. hehe
Ya, teruskan usaha abang. Kami sentiasa memberikan sokongan moral
Adik MK, terima kasih di atas sokongan adik. Tadi abang baru perasan yang adik ada menulis tentang blog ini di blog adik, terima kasih abang ucapkan.
Nampak gaya, abang kena minum tongkat ali banyak sikitlah lepas ni, baru idea yang best-best datang, hehe..
Salam, baguslah ada blog yang nak kongsikan tentang pembinaan laman web, ni pun baru tau sebab baca kat sembang komputer. Teruskan usaha mendidik anak bangsa. Semoga sentiasa dikurniakan idea berblog yang tak putus-putus. Ameen…
Salam Abang Ardzham, InsyaAllah saya(takleh nak bahaskan diri sebagai abang sebab saya belum kahwin lagi, hehe) akan cuba berikan yang terbaik.
Terima kasih untuk doa abang, ini dapat membantu saya menjana lebih banyak idea ekselen di masa akan datang, Amin ya rabbal a’lamin…
one of the best css tutorial that you can found in the internet is located at sitepoint.com
yeah. tak boring baca coz gaya ulasan yang menarik!
Cyberfly, abang selalu juga pergi lepak di sitepoint, sebab dah jadi pengikut twitter sitepoint. Nak tak nak, kena la pergi jenguk, itu pun kalau ada entri yang besh kat sana, haha. Ya, abang akui, sitepoint memang ekselen dalam bidang tutorial ni, sebab tu abang tak kisah langsung keluar duit untuk beli buku-buku terbitan mereka.
Skimpysonic, nanti ada masa abang sambung lagi, terima kasih kerana tidak boring sebab ramai kawan-kawan abang cakap abang ni memboringkan, walhal abang tau mereka semua jeles dengan abang.
Saye knal CSS semenjak Tingkatan 3, 9 tahun dahulu… lama kan?
CSS ni bende yang paling mudah bagi saya.. masa mula² berkecimpung dulu pun saya tidak berguru dengan mana² guru.. just my own research.. hahaha.. best wooo…~!!
Adik Fizz, 9 tahun itu sangat lama, rasanya kalau dah macam tu punya pemgalaman, mungkin adik dah layak tulis buku tentang CSS.
Rasanya zaman tu abang pun tak kenal lagi css, yang abang kenal cuma lesen moto, cara nak pass test JPJ, dengan kenal-kenal tempat melepak. Syabas abang ucapkan buat adik kerana ada inisiatif sendiri untuk belajar.
haha..klaka je bc,xboring..smoga istiqamah dlm penyampaian ilmu yg berguna k..
hee..hee
InsyaAllah abang dan kawan-kawan abang kat sini akan istiqamah sokmo, hehe..Terima kasih untuk komen adik, datang-datang la selalu kat sini..
[...] Mari berkenalan dengan CSS [...]
abang..saya pon nak blaja css ni..tak taw nak start dari mana..nasib baik ade web ni ngan abg2 sekelian.caya la..
Ya, mempelajari CSS memang menarik belajar CSS nie
.
Terima kasih kepada Abang Zai kerana gaya persembahan yang cukup memikat hati dan sempoi
[...] Mari berkenalan dengan CSS [...]