Hi adik-adik, dah seminggu abang tak posting apa-apa kat sini, bukannya abang tak sayang kat adik-adik lagi tapi abang sibuk dengan kerja-kerja seharian di pejabat. Jadi abang harap adik-adik tak marah dengan abang.
Kali ni abang nak kongsi cara-cara bagaimana adik boleh membuat email menggunakan domain adik sendiri. Sesetengah orang sudah selesa dengan cara konvensional dengan menggunakan kelebihan add email yang sudah terbina didalam Hosting Control Panel seperti cPanel, Plesk dan direct-admin. Tahukah adik-adik, apa pula kekurangan yang paling ketara? Segala space email, akan menggunakan webspace hosting itu sendiri. Sebagai contoh, sekiranya Webspace hosting adik adalah sebanyak 10gig, dan adik perlu menambah sebanyak 10 akaun email yang mempunyai 500meg untuk setiap akaun Mari kita lihat janaan perkiraan tersebut.
500Meg x 10 User = 5Gig
10gig webhosting – 5gig = 5gig webspace
Walaupun abang tak berapa pandai matematik tambahan, kita sudah tahu betapa banyak space yg telah digunakan untuk email sahaja. Ada sesetengah Webmaster hanya menggunakan cara mudah dan kurang bersih dengan hanya mengesyorkan pelanggan menggunakan Microsoft Outlook atau pun Mozilla Thunderbird untuk menggunakan email. Sebagai seorang webmaster yang bertanggungjawab dan mementingkan modal insan, kita patut fikir apakah risiko yang akan dihadapi oleh pelanggan kita dimasa hadapan. Bak kata pepatah, malang tak berbau. Antara masalah yang akan dihadapi oleh pelanggan yang menggunakan Email client
- PC atau Laptop kena virus.
- Laptop kena curik.
- Takleh nak access email tu dari tempat lain sebab email tu dah didownload kedalam PC/laptop.
- Tiada backup didalam server.
Itu hanyalah sekelumit masalah yang ada, abang takut nak cerita lebih, takut adik-adik akan mimpi-ngeri sehingga berbuih mulut nanti.
Google Apps
Apa itu Google Apps? Ianya merupakan beberapa aplikasi yang disediakan oleh pihak Google secara percuma untuk umum. Antara Aplikasi yang terbina didalamnya ialah:
- Gmail
- Google Talk
- Google Calendar
- Google Docs
- Google Sites
Untuk pembelajaran hari ni, abang akan tunjukkan cara membina email dengan menggunakan Google Apps Gmail. Untuk setiap akaun email, space yang disediakan adalah sebanyak 7gig. Abang bahagikan kepada 2 bahagian iaitu
- Daftar akaun Google Apps
- Setup nama domain yang akan digunakan untuk Google Apps
Jadi abang syorkan adik-adik pegi dapur dan bancuh secawan kopi-o dan biskut merry atau pun segelas Milo ais yang kini mempunyai ACTIGEN-E® dan PROTOMALT® yang bagus untuk kekuatan dan pembesaran tulang-tulang.
Bahagian 1: Daftar akaun Google Apps
1. Buka laman web Google web. URLnya ialah: http://www.google.com/apps/. Kemudian klik butang ‘Business IT managers‘.
2. Klik butang biru tua ‘See details and sign up‘ yang berada disebelah atas kanan.
3. Disini adik-adik dapat melihat perbezaan diantara pakej bayar dan percuma. Untuk pakej percuma, kita akan menggunakan ‘Standard Edition‘. Lihat bahagian atas kanan.
4. Terus saja klik butang ‘Get Started‘.
5. Pastikan adik-adik memilih bahagian ‘I want to use an existing domain name‘ dan memilih pilihan ‘Administrator: I own or control this domain‘. Kemudian isi nama domain pilihan adik. Sebagai contoh, abang isikan abangwebmaster.com. Klik Get Started
6. Isi kotak-kotak kosong dengan sabar dan tertib. Sila lihat contoh yang telah abang buat. Selepas selesai mengisi semua kotak, klik butang Continue.
7. Isi kata nama yang sesuai. Kata nama ini akan digunakan untuk membuat akaun baru nanti. Pastikan adik bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan oleh pihak google. Untuk teruskan, klik butang ‘I accept, continue with set up‘.
8. Tahniah! Akaun adik telah berjaya didaftarkan. Tetapi kita perlu mengaktifkan fungsi Gmail. Pastikan adik klik ‘Activate Email‘.
9. Fungsi email telah diaktifkan. Sekarang apa yang perlu kita buat ialah settings MX server adress dan domain. Gambar dibawah menunjukkan senarai server MX. Mari kita lihat Bahagian ke-2 tutorial ini. Buka satu tab baru, atau new window.
Bahagian 2: Setup nama domain yang akan digunakan untuk Google Apps
1. Sekarang apa yang perlu kita buat ialah konfigurasi pada MX entry. Kita dapat mengakses fungsi ini melalui cPanel. Login seperti biasa ke laman cPanel adik-adik.
2. Sekarang, kita perlu buang entri yang telah sedia ada untuk domain abangwebmaster.com
Peringatan! adik-adik tidak akan dapat mengakses email-email sebelum ini selepas melakukan delete MX entry tersebut.

3. Selepas berjaya membuang MX entry tersebut, kita perlu menambah MX entry baru untuk Google Apps kita. berikut ialah senarai Mail Host yang perlu kita tambah.
ASPMX.L.GOOGLE.COM.
ALT1.ASPMX.L.GOOGLE.COM.
ALT2.ASPMX.L.GOOGLE.COM.
ASPMX2.GOOGLEMAIL.COM.
ASPMX3.GOOGLEMAIL.COM.
Setiap host mempunya priority sendiri, sila rujuk page Google Apps yang mempunyai senarai Host tadi. Perlu abang ingatkan, ada sesetengah Hosting provider tidak mengemaskini MX entry ini secara automatik. Jadi apa yang adik-adik boleh buat ialah hubungi Support hosting provider tersebut dan minta mereka menambah/mengemaskini MX Entry Google Apps untuk hosting adik-adik.
Sekiranya berjaya, MX entry adik-adik akan kelihatan seperti contoh dibawah.
4. Buka tab atau page yang telah kita buka sebelum ini, dan klik ‘I have completed these step‘.
5. Selepas itu, Google Apps akan memimpin adik-adik ke muka depan Google Apps. Disini adik-adik dapat melihat status Gmail.
Selepas beberapa ketika, jika Google sudah dapat mengenalpasti adik telah mengubah MX entry statusnya akan seperti dibawah
Selepas itu, status akan bertukar kepada
Selalunya proses ini hanya mengambil masa kurang dari sejam. Akan tetapi ini bergantung kepada proses kemas kini MX entry pada server adik-adik.
Sekarang adik-adik sudah berjaya membina Google Apps bersama domain adik sendiri. Sekarang apa yang perlu kita tahu ialah bagaimana caranya untuk menambah akaun email.
Cara-cara Menambah Akaun Email
1. Pada muka depan Google Apps, klik pautan ‘Create New Users‘
2. Isi kotak kosongseperti contoh dibawah kemudian klik ‘Create User‘
3. Selepas itu info mengenail akaun baru tersebut akan terpapar
Sangat mudahkan? untuk memudahkan pelanggan adik-adik mengakses Laman Google Apps tersebut, abang cadangkan adik menambah satu subdomain pada domain tersebut. Sebagai contoh, untuk mengakses Google Apps Abang Webmaster, URLnya ialah
http://www.google.com/a/abangwebmaster.com
Panjangkan? jadi dengan menggunakan subdomain, abang boleh mudahkan ia menjadi
http://webmail.abangwebmaster.com
Abang harap adik-adik boleh mendapat manafaat dari penulisan abang yang tak seberapa ini. Ini kerana, adik-adik nanti boleh caj pelanggan sekiranya mereka mahu service Google Apps ini. Google Apps ini sememangnya percuma, akan tetapi adik boleh caj untuk setup/settings domain dan Google Apps, ini memerlukan pengetahuan dan kekuatan rohani dan jasmani. Harga yang abang syorkan ialah bermula dari RM300 ke RM500. Lumayan?
Jika adik-adik tidak berapa faham tentang topik diatas, sila beri komen dibawah. Abang akan cuba menjawab soalan-soalan adik dengan hati yang terbuka.
Akhir kata Jagalah diri, Hiasi peribadi.





















haha.kelakar gila abg webmaster ni..org yg tua darinya pun dipanggil adik juga..goodluck abg