Salam sejahtera adik-adik. Bagaimana cuaca hari ni? Kat negeri abang ni cuaca mendung sebab baru lepas hujan. Nak keluar pun malas sebab kedai makan sure semua penuh. Yalah kan.. time tak hujan semua berebut nak duduk di meja luar. Tapi bila hujan semua berebut nak duduk dalam. Heh.. macam ternakan kambing abang pulak. Untuk pengetahuan adik-adik, selain dari kerja kontraktor laman web, abang juga ada membela beberapa ekor Kambing.
Baiklah, pada hari ini abang akan review sikit pasal eBook Cover. eBook Cover ialah sejenis design grafik yang adik gunakan untuk mempromosi eBook yang adik tulis. Mengapa adik memerlukan eBook Cover? Ya… adik perlukan eBook Cover sebagai advertising atau cara promosi untuk ebook adik. Sebagai contoh, katakan adik baru memulakan perniagaan goreng pisang, mesti adik memerlukan signboard untuk memberitahu apa tujuan adanya gerai adik di tepi jalan itu. Adik mesti memberitahu orang ramai yang adik sedang berniaga goreng pisang.
Itu ialah contoh untuk perniagaan goreng pisang. Berlainan pula dengan cara untuk mempromosi eBook yang adik tulis. Untuk menarik minat pembeli dan pembaca, adik mestilah menunjukkan identiti dan kualiti eBook Cover itu dengan menarik. Adik tidak perlu proses printing untuk eBook Cover ini. Seperti yang adik-adik semua maklum, kos untuk printing memang mahal dan ia selalu mestilah dalam kuantiti yang banyak.
Di bawah ini abang ada tunjukkan beberapa contoh eBook Cover yang telah abang siapkan untuk inspirasi adik. Abang pasti adik-adik boleh buat yang lebih baik dari ini. Abang juga akan berikan contoh template ebook Cover untuk adik-adik beserta dengan Action Script. Template tu adalah contoh sahaja dan adik-adik boleh mengubah-suainya sendiri. Owh yaa… action Script tu bukan abang yang buat. Abang terjumpa di Google dan rasa harus di kongsi bersama. Abang rasa lepas ni adik-adik tak payah lah beli kott program untuk buat eBook Cover. Ok lah, sampai sini dulu untuk hari ini. Abang nak pergi kandang tengok kambing-kambing abang.

P/s: adik perlukan Adobe Photoshop untuk membuka file ini.
Ni kat sini link untuk download.
eBook Cover Download (247)



Nak tulih ebook pun tak reti.
Apa pun terima kasih tuk link tesebut.
Heheh.. tak apa. bak kata orang utara ni… “Pelan-pelan Kayuh”. (maksudnya macam naik basikal..)
Allo allo…
Elok tui kambing tu… hehehe
Buleh la buat cover buku, abang tolong cari action script kotak pulak…
tq
Kotak? Haa.. ada-ada.. Coming Soon. Nanti abang ajar buat kotak pulak. Stay tune!!
lagi menarik cover, lagi ramai orang suka..
hoho…membuatkan aku membuka kembali photoshop yang dah lama tak bukak tuk main-main ngan action script tue. Thanks coz sharing. Yayy!
i love kambing? hoho. i don’t love kambing sebab ia busuk. hehe. tade contoh cover lain ke abang oii? muka mr bing gak yang terpampang. hehe
sama macam Eriya, xreti buat ebook. tapi thanks for sharing. hee
adaa… nanti abang buat.. cover choki-choki pulak. hehe
Salam..
Thanks for sharing..
psstt: Abg Is ni ye ke abang.. ntah2 dia ni baru nak masuk 13 tahun bulan ni.. Form 1.. hehehe.. gurau jer…
alamak! lupa nak cakap la.. gambar kambing kat atas tu ensem la plak.. tetiba rasa tergugat.. kahkahkah..
hehe.. kalau la boleh balik ke umur 13 tahun…. alhamdulilah. boleh la p cari awek2 lama dulu yg time skolah nampak selebet jaa… tapi sekarang dah cun-cun belaka dan bergetah. hahaha
bang.. action script ni xde reflect ek kt bwh tu?
ade shadow je ek?
action script ni resolution die berape bang?
kalo nk tambah resolution bleh kn?
mantap sovwarenya,,panduannya,,
salam kenal bang dari saya