Senarai Artikel Terbaru:
CPANEL & MYSQL: Cara mudah tambah database

Apa khabar adik-adik? Semoga sihat selalu adanya. Disini abang ingin meminta maaf kerana tidak publish apa-apa artikel dalam seminggu dua ni kerana terhimpit oleh kerja-kerja seharian di pejabat.

Abang ada membaca beberapa komen yang bertanyakan cara membuat/menambah database di dalam MySQL. Untuk pengetahuan adik, proses tersebut tidaklah susah mana, jika hendak dibandingkan dengan makan nasik, abang rasa proses tambah database ini adalah lebih senang dan gembira.

Kali ni abang akan menunjukkan cara tambah database dengan menggunakan cPanel. Ayuh! Mari kita mulakan.

1. Buka cPanel hosting adik. Selalunya URLnya seperti berikut:

http://www.namadomain.com/cpanel

Kemudian isi Kata Nama dan Kata Laluan yang sesuai

2. Cari bahagian ‘Databases’. Kemudian klik ‘MySQL Databases‘ seperti gambar dibawah.

mysql-step01

3. Kemudian lihat section ‘Create New Database‘. Isi nama database baru adik. Kemudian klik ‘Create Database‘.

mysql-step02

Tips: Pastikan nama database tidak terlalu panjang dan tiada spaces. Gunakan huruf kecil.

4. Kemudian, satu mesej kejayaan akan terpapar seperti dibawah. Klik ‘Go Back‘ untuk kembali ke muka sebelumnya.

mysql-step03

Adik pasti hairan mengapa pula ada perkataan lain di dalam nama database tadi? Jangan gusar, ini kera cPanel secara automatik akan menambah nama login cPanel dengan nama database.

5. Untuk proses berikutnya, kita perlu membuat satu user untuk database yang kita tambah tadi. Scroll ke bawah, cari section ‘MySQL User‘. Didalam bahagian ‘Add New User‘,  isi nama dan kata laluan pilihan hati adik.  Kemudian klik butang ‘Create User‘.

mysql-step04

Seperti biasa, satu mesej kejayaan akan terpampang sekali lagi. Click ‘Go Back‘ untuk kembali.

mysql-step05

6. Proses seterusnya ialah meng’apply‘ User ke database tersebut. Lihat bahagian ‘Add User To Database‘. Pilih User dan Database yang kita buat sebentar tadi. Klik butang ‘Add‘.

mysql-step06

7. Selepas itu kita perlu menegaskan ‘Privileges‘ User name tadi kepada Database. Sesudah itu, klik ‘Make Changes‘.

mysql-step07

Lagi mesej kejayaan akan terpancar seperti dibawah.

mysql-step08

Tahniah! Adik-adik telah pun berjaya menambah satu database baru.

Kesimpulan
Setiap nama yang digunakan akan ditambah dengan username cPanel. Jadi adik-adik pelu gunakan nama baru dan bukan nama lama. Sebagai contoh, Abang akan menjalankan installasi wordpress dan wordpress akan meminta butiran database. Jadi Abang akan berikan butiran seperti dibawah:

host: localhost
Username:
awc_abgweb
Password:
1a2b3c4d5e
Database:
awc_abangweb

PHPmyAdmin
Bagi yang ingin menggunakan PHPmyAdmin, buka laman utama cPanel, di dalam bahagian ‘Databases‘, click butang ‘PHPmyAdmin‘.

mysql-step09

Setakat ini sajaha yang dapat abang kongsi bersama adik-adik. Semoga ilmu yang kechil ini dapat membantu menyelesaikan masalah adik.

Artikel Berkaitan



  1. Mohd. Noor on Tuesday 26, 2009

    Saya amat amat bermanfaat sekali atas panduan Abang Lie dan akan terus
    menimba ilmu terutama sekali bab Control Panel

  2. Abang Lie on Tuesday 26, 2009

    InsyaAllah, Abang akan cuba mencurah ilmu yang ada untuk adik-adik. Jangan lupa ajak kawan-kawan yang lain masuk AbangWebmaster.com ye… :)

  3. aidilx on Tuesday 26, 2009

    nice info!

    dihosting lama sy menggunakan cpanel. memang menyenangkan. apabila bertukar ke webhosting lain, sy menggunakan directadmin. lebih senang & lebih laju. hehe.

  4. kuds on Tuesday 26, 2009

    abg nak tanya wordpress boleh kgak ke guna cpanelni atau ada yang lain untuk wp ? kalu ada leh siarkan …

  5. Abang Lie on Tuesday 26, 2009

    hi aik Kuds.

    wordpress dan cpanel adalah 2 perisian yang amat berlainan. Cpanel digunakan untuk menguruskan hosting/server. Manakala wordpress adalah sebuat blogging platform.

    Didalam cpanel terdapat satu fungsi yang digelar ‘Fantastico’. Dari situ adik dapat menginstall wordpress dengan begitu mudah dan tidak berpeluh.

    Akan tetapi, menginstall wordpress melalui Fantastico mempunyai beberapa masalah. Antaranya ialah versi wordpress yang tidak naik-kepada-masa(Up-to-date) dan masalah ketika adik ingin upgrade wordpress lama ke versi baru. Jadi abang syorkan install secara manual.

  6. Piratz on Tuesday 26, 2009

    postgre sql tue ape plak bro??
    tah betul tah tidak aku eja nie

  7. Abang Lie on Tuesday 26, 2009

    PostgreSQL juga merupakan sejenis database sama seperti MySQL. Cuma yang berbeza ialah fungsi masing-masing. Cuba adik lihat perbanding diantara MySQL dan PostgreSQL dibawah.

    http://www-css.fnal.gov/dsg/external/freeware/pgsql-vs-mysql.html
    http://www.teknico.net/devel/myvspg/index.en.html

  8. harris on Tuesday 26, 2009

    salam abg lie,
    saya nak tanye,camne nk install cpanel tue??..saya kurag arif pasai nie..hehehe

  9. arull on Tuesday 26, 2009

    cpanel bwa pe nak install. mmg dah ade kat hosting kan?

  10. Abang Lie on Tuesday 26, 2009

    ya… betul betul betul!

  11. mohd johadi on Tuesday 26, 2009

    salam abg lie. saya da masalah tak boleh nak login cpanel. bila saya login di tulis ayat cam ni
    This server is currently not licensed. Please contact the server administrator. Other services available on this server such as web services are likely functioning normally. (Cannot read license file)

    Once the license on this server is active, you will no longer see this message. If you have installed a license since loading this page, click here to reload.

    jd apa boleh saya buat. saya dah pening.

  12. Abang Lie on Tuesday 26, 2009

    Hi Mohd Johadi, abang rasa elok adik hubungi customer service hosting provider adik, kepilkan bersama screenshot error tersebut.