Senarai Artikel Terbaru:
CPANEL & ADDON DOMAIN: Cara mudah tambah domain

Salam sejahtera adik-adik. Semoga adik-adik berada dalam keaadan baik dan teratur dari segi zahir dan batin.

Maaf kami kerana semenjak dua menjak ni laman web AbangWebmaster begitu sunyi kerana tiada artikel-artikel yang terbaru. Jadi, kali ni abang akan menunjukkan rahsia menambah addon domain dengan menggunakan cPanel. Sebelum itu, adik-adik boleh membaca tutorial yang agak serupa di Sembang Komputer. Apa yang berlainan, abang akan terangkan dengan lebih terperinci.

Untuk menjayakan misi menambah addon domain, kita perlu memastikan beberapa perkara iaitu:

  1. Nama DNS server hosting.
  2. Akses untuk mengemaskini nama domain baru.

1.Nama DNS server hosting

Info ini adik-adik dapat semak melalui email yang adik dapat semasa mendaftar hosting. Lihat contoh dibawah:

=====================================================
DNS Instructions:
=====================================================
In order for your domain name to point to Exabytes server,
please update your domain DNS to the following:

Nameserver 1: ns101.abanghosting.com
Nameserver 2: ns102.abanghosting.com

Jadi nama DNS yang adik perlukan ialah ns101.abanghosting.com dan ns102.abanghosting.com

2. Akses untuk mengemaskini nama domain baru

Untuk kali ini, abang akan tunjukkan cara mengemaskini domain dengan menggunakan Enom. Ini mungkin berbeza dengan syarikat hosting yang lain-lain. Seterusnya login seperti biasa.

step01

Kemudian adik-adik akan nampak beberapa section seperti dibawah. Tanpa berlengah-lengah adik ketik butang ‘Edit’ disebelah kanan yang berada didalam bahagian DNS Information.

step02

Seterusnya, didalam bahagian yang sama, pilih ‘Customs’ untuk DNS Settings. Selepas itu antaramuka dibawah akan tertera.

step03

Isi bahagian Domain Name Server 1 dan 2 dengan info yang kita dapat dari hosting tadi. Seterusnya dengan senang hati adik ketik butang ‘Save‘ disebelah kanan.

Selepas proses mengemaskini DNS pada domain baru tadi, kita terjah proses yang perlu kita laksanakan pada cPanel pula.

Seperti biasa, login kedalam cPanel adik-adik dan terus ke bahagian ‘Domain’ dan klik butang ‘Addon Domains’.

step04

Selepas itu satu skrin akan terpapar seperti dibawah. Adik perlu isi kotak-kotak kosong tersebut.

step05

Sedikit penerangan untuk skrin diatas. Pasti kan adik-adi ktidak meletakkan ‘www’ pada kotak New Domain Name, hanya letakkan nama domain sahaja. Value bagi Document Root akan dipaparkan secara automatik. Abang syorkan nama folder tersebut sama dengan nama domain. Ini akan memudahkan kerja-kerja inventori di kemudian hari. Selepas semua kotak telah di isi, klik ‘Add Domain!’.

Proses untuk entry addon domain ini mungkin mengambil sedikit masa. Sekiranya semua OK, mesej kejayaan akan terpapar.

Kenapa perlu update DNS domain dahulu, kemudia cPanel? Tak boleh ke cPanel dulu?

Kita perlu update DNS pada domain dulu atas sebab sekuriti. Ini kerana cPanel akan semak dahulu sama ada nama DNS domain baru tersebut adalah sama dengan DNS hosting adik-adik.

Masalah-masalah biasa ketika addon domain

Addon domain telah di tambah, tetapi bila dipacu nama domain baru tersebut di browser, laman page masih tidak berubah .

Ini adalah biasa kerana kadang-kadang DNS cache pada ISP tidak diupdate/refresh secara automatik. Kadang-kadang mengambil masa sehingga 24jam.

Abis tu bang, apa yang adik boleh buat?

Jangan takut adik-adik. Ini semua masalah dunia, mesti boleh selesai. Apa yang perlu kita buat sekarang ialah untuk semak samaada DNS kita betul-betul telah diupdate. Jadi apa yang perlu kita buat ialah WHOIS. Terdapat banyak laman web yang menyediakan servis WHOIS ini. Antara laman web kegemaran abang ialah www.whois.sc

Sekarang abang akan semak domain abangdomain.com, samaada ianya benar-benar telah diupdate. Jadi apa yang buat, abang taip url dibawah:

http://whois.sc/abangdomain.com

Skrin dibawah akan terpapar

step06

Cuba kita lihat pada bahagian ‘Name Server’. Nampaknya DNS memang telah diupdate. Jadi ini terlah membuktikan masalah DNS cache telah terjadi.

Tiada apa yang boleh kita buat sekiranya masalah ini terjadi. Mungkin adik-adik boleh menulis email kepada penyedia ISP adik-adik. Tapi itu pun kalau mereka nak layan.

Apa yang kita boleh buat ialah dengan menggunakan Proxy Server.

Pada entri yang akan datang, abang akan menerangkan apa itu Proxy server dan kegunaannya.

Akhir kata Jagalah diri, hiasi peribadi.

Artikel Berkaitan



  1. Kak Jie on Wednesday 8, 2009

    kak jie dah add on satu domain kt hosting sedia ada… baru je buat lepas baca blog SK

  2. Abang Lie on Wednesday 8, 2009

    Jika domain baru yang dibeli daripada company hosting yang sama, prosedurnya menjadi lebih senang dan mudah.

  3. Sis Lya on Wednesday 8, 2009

    Sis dok klik klik dari dulu dari,tapi tak paham dan tak tau apa nak buat…benak!!!

  4. Abang Lie on Wednesday 8, 2009

    haa… jgn gusar Sis, sangkut kat step yang mana tu?

  5. Mus on Wednesday 8, 2009

    baru aku paham..

  6. kamal on Wednesday 8, 2009

    Bagaimana nak login ke Cpanel utk tambah domain “abanghosting.com”?

    adakah dgn http://abangdomain/cpanel ?

  7. Abang Lie on Wednesday 8, 2009

    betul.

  8. MyIkhtiar on Wednesday 8, 2009

    salam.

    abg sy nak tnya.. if saya dah wat addon domain..

    sgala file yang dimaksukkan ke dalam domain saya nie kena upload guna FTP ke?

    skrg nie saya ada domain n guna hosting berbayar..

    lagi satu yang sy nak wat addon domain nie.. sy hosted blogspot..

  9. khalifah on Wednesday 8, 2009

    trima kasih atas info yg sgt berguna…

    berjaya lakukan.. hehe

    SALAM RAMADHAN
    DAN SELAMAT HARI RAYA