Hi adik-adik yang dikasihi sekelian. Apa khabar adik-adik dirumah? Kami di Abang Webmaster berharap adik sihat-sihat sahaja.
Pada siaran yang lepas, abang ada bangkitkan isu virus Gumblar yang sedikit sebanyak telah menggangu hidup abang dan semestinya tidak fun & cool. Oleh itu, kali ini abang akan menunjukkan bagaimana adik-adik boleh scan fail-fail adik yang berada didalam hosting daripada virus yang jahat. Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa, program ClamAV disertakan bersama dengan Cpanel.
Apa yang adik perlu buat ialah login ke dalam Cpanel, dan scroll ke bahagian bawah dan klik butang Virus Scanner yang berada didalam section Advanced. Kemudian ikuti arahan yang diberikan.
Adik-adik boleh menonton screencast yang telah abang rakam seperti dibawah:
Tu dia! Banyak betul file yang telah dijangkit. Adik-adik boleh memilih samaada untuk kuarantin atau delete fail-fail tersebut.
Apa yang penting adalah adik-adik perlu selalu backup fail dan sentiasa berhati-hati. Adalah menjadi tanggungjawab kita supaya laman web kita tidak menjadi salah satu ejen penyebaran virus.
Lawati: http://www.clamav.net/




aduihhh….kena buat la lepas ni…mmg tak pernah buat ,tak pernah tau pun hal2 mcm ni
terimakasih ye
pernah jugak buat tapi tak selalulah….. kira macam tak rajin @ malas….
wahh.. lama pasukan web abang lie tidak update blog… sibuk projek besar ke??
terima kasih abang webmaster…
saya baru tahu akan perkara ini…
sungguh menakjubkan…
Thanks abangwebmaster..
lepas ni kena lebih berjaga-jaga..
@kujie
Ya.. buat.. jangan tak buat
@ardzham
Takpa, kalau ada masa tu buat la…
@hazrinphixel
Ya, pasukan abang masing2 sibuk sikit, al-maklom la bulan puasa nak kunjung tiba
@sankai
sama-sama
@Mantra
Ya… harus berjaga-jaga.
ish..ish..ish…baru tau mende nih sumer…
thx abangwebmaster atas info ni. baru je tau.
tapi malangnya cpanel hosting sy takde pulak AV tu.
kenapa ye?
mungkin hosting provider tu tak update cpanel dia. Ataupun memang dia tak subscribe ngan cPanel untuk pakej AV.