Abang Webmaster » FTP

Gumblar: Peringatan kepada Webmaster yang menggunakan Filezilla
Adakah adik pengguna tegar FileZilla? Adakah adik juga menyimpan password hosting adik secara automatik didalam FileZilla?

Oleh itu, besar kemungkinan adik akan terkena ‘Gumblar Attack’. Baru-baru ini, beberapa pelanggan abang telah membuat komplen bahawa laman web mereka menjadi ‘blank’. Agak pelik kerana tiada siapa yang mengubah file-file tersebut. Setelah diselidiki, beberapa file index telah diubahsuai. Terdapat beberapa line kod telah hilang dan diganti dengan kod javascript yang menghasilkan kod IFRAME.

Jadi selepas 2 hari mencari faktor-faktor yang menyebabkan masalah diatas, masalah tersebut adalah ‘Gumblar Attack’. Tugas Malware ini  adalah menjangkiti sebarang PC yang melawat laman web yang telah dijangkiti dan kemudian menginstall dirinya sendiri kedalam PC tersebut. Kemudian, ianya akan mencari file password FileZilla dan menghantar senarai username/password ke satu lokasi supaya malware tadi dapat menjangkiti file yang berada didalam hosting pula.

Bagi pengamal laman web, malware/virus ini boleh dianggap sebagai celaka tahap 1. Tiada langsung kebaikan yang boleh kita dapat dari serangan Gumblar ini. Untuk mengelakkan diri adik dan pelanggan adik dari terkena serangan ini, abang syorkan adik-adik mengubah password hosting adik-adik dan jangan sesekali autosave password tersebut kedalam FileZilla dan selalulah membuat backup file dan database untuk setiap pelanggan adik-adik.

Bacaan:

http://www.switched.com/2009/06/02/though-the-conficker-virus-was-bad-meet-gumblar/

http://www.position-absolute.com/news/gumblar-virus-is-spreading-to-a-web-server-near-you/

http://www.bleuken.com/2009/05/06/removal-and-prevention-of-gumblarcn-infection/

http://www.martinsecurity.net/2009/05/20/inside-the-massive-gumblar-attacka-dentro-del-enorme-ataque-gumblar/

http://techno.okezone.com/index.php/ReadStory/2009/05/17/55/220479/waspadai-serangan-gumblar-yang-makin-meningkat

http://blog.resellerclub.com/2009/06/09/safeguarding-your-website-from-gumblar-attacks/

Siri 1: Bercakap dengan FTP
Apa khabar adik-adik? Pagi ni abang ada banyak kerja yang perlu disiapkan. Tetapi abang rasa malas pulak nak buat, senang cakap Mood tak mari lagi. Hehehe…

Jadi bagi mengisi masa lapang yang dibuat-buat ni, abang rasa elok abang tulis artikel apakah itu FTP dan bagaimana cara mudah untuk adik menggunakannya nanti.

Apakah itu FTP?

Berikut ialah definisi FTP dari Wikipedia:

File Transfer Protocol (FTP) is a network protocol used to exchange and manipulate files over a TCP computer network, such as the Internet. An FTP client may connect to an FTP server to manipulate files on that server.

Pehh… mari abang terjemahkan mengikut kefahaman abang yang tak seberapa ni:

FTP ialah satu protokol jaringan yang digunakan untuk menguruskan fail-fail melalui jaringan TCP komputer dan internet. FTP Client akan bersambung kepada FTP Server dan kemudian pengurusan fail akan berlaku.

Berikut ialah maklumat-maklumat penting yang adik perlu ada sebelum menggunakan FTP.

1. Alamat FTP

Fungsi alamat FTP adalah sama seperti nama domain. Antara contoh alamat FTP adalah seperti ftp.abangwebmaster.com atau abangwebmaster.com. Alamat FTP ini bergantung kepada info yang diberikan oleh syarikat hosting adik. Kadangkala, alamat FTP ni menggunakan nombor IP sahaja seperti 112.111.23.21. Jadi adik-adik jangan takut dan kalut sekiranya alamat FTP tersebut menyerupai nombor IP dan bukan nama domain.

2. Port FTP

Maksud port disini bukanlah port melepak yang sering kita dengar. Akan tetapi funsi port ini lebih kepada ‘lubang‘ service(perkhidmatan) FTP tersebut. Sebagai contoh, port default untuk melayari sesebuat website ialah 80. sebagai contoh cuba adik taip alamat www.abangwebmaster.com:80 dan adik-adik akan disambungkan ke laman hadapan web abang. Jadi, untuk port yang biasa digunakan oleh FTP  pula ialah 21. Sebagai contoh abangwebmaster.com:21. Suka abang ingatkan, nombor port ini bergantung kepada setting yang disediakan oleh syarikat hosting tersebut.

3. Kata nama dan Kata laluan(Username & Password)

Ini juga penting. Jika tiada maklumat ini, kita bagaikan masuk ke rumah orang lain tanpa memberi salam. Akibatnya kita akan dihalau. Maklumat ini juga akan diberikan oleh syarikat hosting. Selalunya kata laluan ini sama seperti kata laluan untuk menggunakan Hosting Control Panel seperti Cpanel dan Plesk.

Abang, FTP client tu apa?

FTP client ialah satu program yang akan menghubungkan kita dengan server. Terdapat banyak FTP client yang bertaburan di internet seperti FileZilla, CuteFTP, FireFTP dan WinSCP. Tapi pada kali ini kita akan belajar menggunakan FileZilla. Yey!

Mari belajar guna FileZilla!

Untuk langkah pertama, adik perlu muat-turun program ini dari laman web rasmi FileZilla.  Atau jika adik berasa nak cepat, atau malas-malas sedikit, hanya klik disini(Untuk WindowXP).

Selepas selesai proses muat-turun ke komputer adik, sila jalankan proses installasi seperti biasa. Abang bayangkan adik pernah menginstall software-software pirate sebelum ni, oleh itu adik pasti tidak mempunyai sebarang masalah ketika menjalankan proses installasi FileZilla ini nanti.

Selesai sahaja instalasi, jalankan program FileZilla tersebut. Paparan antaramuka akan terpapar. Perhatikan di bahagian atas dimana adik-adik akan nampak kotak-kotak kosong yang bernama Host, Username & Password.

Isi kotak kosong tersebut dengan info yang telah abang terangkan tadi. Jika port FTP adik-adik ialah 21, biarkan kosong pada bahagian Port dan klik butang Quickconnect.

Sekiranya jika tiada masalah, adik kini telah masuk ke dalam hosting. Lihat contoh dibawah.

Cuba adik-adik perhatikan pada bahagian A dan B. Bahagian A ialah senarai fail yang ada didalam komputer adik-adik, manakala bahagian B ialah senarai fail yang ada didalam hosting.

Ok, adik dah ada fail yang nak di upload. Tapi nak upload ke folder yang mana?

Ok, sedikit info mengenai hosting. Secara default, terdapat folder yang khusus untuk adik-adik perlu gunakan untuk menyimpan fail. Sebagai contoh, folder yang perlu adik gunakan ialah bernama public_html, manakala www pula ialah Shortcut kepada folder public_html. Jadi adik boleh gunakan kedua-duanya kerana ianya adalah tempat yang sama.

Untuk memindahkan fail dari komputer adik ke hosting, adik hanya perlu click fail yg ada didalam bahagian A, kemudian klik-jangan-lepas(drag) fail tersebut kedalam bahagian B iaitu didalam folder public_html atau www.

Perlu abang tekankan disini, pengurusan fail amat penting didalam hosting, kita tak mahu di kemudian hari nanti, adik-adik akan tersesat didalam timbunan fail-fail adik sendiri. Abang akan berikan contoh pemetaan URL supaya adik-adik dapat memahami dengan cepat relatif diantara public_html(www) dan URL domain adik.

Contoh 1: Upload hello.html kedalam public_html

Untuk membuka file ini nanti, adik hanya perlu mnggunakan URL:

http://www.namadomain.com/hello.html

Contoh 2: Upload hello.html kedalam public_html/folder1

Maksudnya adik telah memindahkan fail tersebut kedalam folder folder1 yang berada didalam folder public_html. Untuk membuka file ini, gunakan URL berikut:

http://www.namadomain.com/folder1/hello.html

Mudah kan?

Tips

Setiap page hadapan perlu menggunakan nama index. Contohnya seperti index.html, index.htm & index.php

Pastikan tiada ruang kosong diantara nama file yang baik ialah ini_nama_file.html, manakala nama fail yang jahat ialah ini nama file.html. Sesungguhnya ini adalah sangat tidak professional. Jadi untuk menggantikan ruang kosong ini adik boleh gunakan tanda “_” atau “-“.

pastikan juga tiada huruf besar. Gunakan huruf kecil.

Nampaknya itu sahaja yang abang dapat ajarkan untuk kali ini. Semoga pembelajaran kali ini dapat memberi pedoman kepada adik dalam bergelumang didalam bidang webmaster.