Salam sejahtera adik-adik. Kita bersiaran lagi bersama Abang Lie. Kali ni abang akan menerangkan dan merungkai misteri disebalik pembinaan webserver yang mempunyai Apache, PHP dan MySQL didalam komputer adik-adik. Tujuan utama berbuat demikian supaya adik-adik dapat mencuba apa-apa web-based program yang berasaskan PHP di dalam komputer adik sendiri tanpa perlu mengupload ke dalam hosting sekiranya adik-adik hanya ingin melakukan testing terhadap program web-based tersebut.
Sebelum itu perlu abang ingatkan, webserver mini kita ni hanya sesuai untuk tujuan testing sahaja dan amat tidak sesuai untuk tujuan production. Maksud tujuan production ialah sekiranya adik-adik terfikir dalam hati “Pehh… boleh la aku jual hosting lepas ni.. hehehe“, abang nasihatkan adik-adik lipat niat tersebut elok-elok dan simpan dalam almari. Ini kerana, untuk membina production webserver adik-adik memerlukan sebuah bilik server yang bersuhu sejuk, raised-floor, connection internet yang bapak laju dan sebuah server yang dapat menampung beribu-ribu request dalam satu-satu masa. Last-time masa abang kerja ngan satu kompeni hosting pada tahun 2003, satu bilik kecik(besar toilet kot) di sebuah Data-center yang bertempat di Cyberjaya berharga rm8k sebulan dan itu tidak termasuk server. Harga sekarang tak pasti la pulak. Ok, sebelum abang melalut dengan lebih lanjut, mari kita lihat apa langkah yang seterusnya.
1. Download Pre-Install Apache
Maksud pre-install ialah kita tak perlu compile apa-apa modules. Cuma jalankan installasi, lepas tu siap. Antara contoh pre-install Apache yang ada dipasaran:
Kebaikan pre-install ini ialah semua program yang kita perlukan seperti PHP, MySQL dan PHPmyAdmin ada dalam satu pakej, jadi ini pasti memudahkan kerja kita.
Untuk pembelajaran kita kali ni, abang akan tunjukkan cara installasi AppServ. Kenapa AppServ? sebabnya abang pakai program tu. Kalau adik-adik nak cuba yang lain, abang galakkan adik cuba sendiri. Kalau tak dipecahkan ruyung mana mai sagunya, kan?
Klik disini untuk download AppServ 2.5.10 yang menggunakan Apache 2.2.8, PHP 5.2.6, MySQL 5.0.51b dan phpMyAdmin-2.10.3.
Selepas selesai download, jalankan file tersebut.
1. Klik ‘Next’
2.Kalau adik-adik rajin nak baca license agreement bagus lah, kalau malas adik klik ‘I Agree’.
3. Jika adik ingin menukar nama folder dan lokasi, klik ‘browse’ dan pilih lokasi. Tetapi abang syorkan guna default(c:\AppServ). Klik ‘Next’ untuk meneruskan instalasi.
4. Pastikan semua komponen dipilih. Jangan tinggal satu pun. klik ‘Next’.
5. untuk memudahkan kerja, isi localhost dalam kotak ‘Server Name‘ dan bagi ‘Apache HTTP Port‘, gunakan 80. Untuk Administrator Email, adik-adik boleh guna alamat email yang adik suka.
6.Skrin seterusnya ialah untuk Konfigurasi MySQL. Isi password pilihan adik-adik. Sebagai contoh, abang gunakan ‘root‘ sebagai password.
7. Proses instalasi sedang berjalan. Sila tunggu sebentar. Mungkin adik boleh periksa apa-apa mesej facebook atau myspace terbaru. Hehehe…
8. Setelah selesai, pastikan Start Apache dan Start MySQL dipilih. Klik ‘Finish‘.
9. Berkemungkinan besar, Kotak pertanyaan Windows akan tertera seperti dibawah. Pastikan adik klik ‘Unblock‘.
Sekiranya tiada apa-apa error, berkemungkinan besar proses instalasi kita telah berjalan dengan lancar dan kemas. Buka apa-apa browser pilihan hati adik dan buka URL: http://localhost/
Tahniah, sekarang adik-adik telah mempunyai sebuah webserver mini didalam komputer kesayangan adik. Heppy tak?
Akan tetapi, kita perlu melakukan beberapa tweaking kepada konfigurasi Apache(httpd.conf). Mari kita mulakan.
Start > All Programs > AppServ > Configuration Server > Apache Edit the httpd.conf Configuration File
Applikasi Notepad akan tertera dan adik-adik akan dapat melihat konfigurasi Apache. Buka fungsi ‘Find‘ dan taip ‘mod_rewrite‘, klik ‘Find‘. Adik perlu menukarkan barisan text dibawah:
#LoadModule rewrite_module modules/mod_rewrite.so
kepada
LoadModule rewrite_module modules/mod_rewrite.so
Kemudian Save. Tujuan kita berbuat demikian ialah untuk memastikan fungsi htaccess kita dapat digunakan. Ini amat penting sekiranya applikasi kita memerlukan htacces untuk beroperasi. Sekarang kita perlu restart service Apache.
Start > All Programs > AppServ > Control Server by Service > Apache Restart
Yey! Tapi bang, kat mana lokasi untuk simpan file?
Lokasi folder www kita ialah:
C:\AppServ\www
Abang syorkan adik buat shortcut ke desktop. Nanti senang nak akses.
phpMyAdmin
Kegunaan aplikasi ini ialah untuk menguruskan database MySQL. Untuk mengakses phpMyadmin, buka url
Satu kotak pertanyaan akan menerjah adik-adik. Jangan gusar, kita perlu lawan balik dengan mengisi
Username: root
Password: root
Di lain masa abang akan menerangkan secara ringkas bagaimana mahu menggunakan phpMyAdmin.
Tricks
Tahukah adik-adik dapat menukar nama localhost dengan nama pilihan adik-adik? Kita akan menggunakan fungsi HOSTS yang ada pada Windows. Lihat cara-caranya dibawah:
Buka file hosts dengan menggunakan Notepad. Lokasi hosts berada di
C:\WINDOWS\system32\drivers\etc
Cari baris text seperti dibawah
127.0.0.1 localhost
Sedikit info, 127.0.0.1 ialah nombor IP localhost komputer adik. Sebagai contoh, adik boleh gunakan 127.0.0.1 atau localhost untuk mengakses webserver mini adik-adik. Jadi, sekarang kita akan menukar nama localhost kepada nama lain. Ganti nama localhost dengan nama pilihan adik. Sebagai contoh, abang gunakan nama abangserver. Lihat contoh dibawah.
127.0.0.1 abangserver
Kemudian save. Buka browser internet adik-adik, dan buka URL : http://abangserver/
Magic tak? Adik-adik juga boleh menggunakan nama domain seperti .com, .net, .org atau lain-lain. Tetapi awas, sekiranya adik gunakan yahoo.com atau apa-apa domain yang wujud sebagai nama localhost, windows akan pergi localhost, bukan laman web yahoo.
Kelemahan
Terdapat beberapa kelemahan yang ada pada webserver mini kita. Antaranya ialah sebarang fungsi mail() tidak dapat digunakan kerana adik-adik perlu membina pula sebuah mail server dan tiada fungsi FTP.
Nampaknya itu saja yang dapat abang tunjukkan untuk kali ni, walau pun info ni tak seberapa, abang harap ianya dapat mengisi dan membantu adik-adik dalam melalui pancaroba kehidupan sebagai seorang webmaster.














slm…..boleh kita contact x nanti,,saya sedang cari projek untuk final project poli..hu2
hoho… projek apa tu dik?
He3.. abg web, tunjuk la nak guna xammp plak..he2..
xreti guna la…
apa yg menariknya Xammp ye?
abg lie..kalo pakai linux pakai apache pon boleh kan?nak tanya 1 lagi prosesnya sama atau tak untuk linux
saya pakai ubuntu 9.04 sekarang..hehe
Huii… pakai ubuntu ye? I like!… Untuk pengetahuan adik, proses installasinya tidak sama. tetapi kelebihannya lebih kepada linux, bukan windows. Berikut ialah tutorial untuk install LAMP(Linux, Apache, MySQL, PHP):
http://www.howtoforge.com/ubuntu_lamp_for_newbies
http://www.ubuntugeek.com/step-by-step-ubuntu-904-jaunty-lamp-server-setup.html
Semoga ianya dapat membantu mimi.
salam.. nak tanya..
tau tak macam mana nak buat sistem guna asp??
mslhnya saya tak pandai coding..
interface semua dah siap cuma coding je belum..
database pun belum..
harap dapat membantu.
yaa adik zam.. buat masa ni team abang webmaster tak ajar lagi .asp sebab kat sini banyak beginner. mereka akan pening nanti. hehe
Hi adik Zam yang dikasihi.
Setakat sekarang, kami masih tidak pandai dalam ASP. Jikalau adik ingin belajar PHP/MySQL, kami di AbangWebmaster sudi membantu.
macam tu ke..
kalau nak ajar mysql pun ok jugak tapi berkenaan dgn database la..
saya kena develop sistem yang pakai asp dengan mysql database??
kalau boleh nak mintak abg ajar macamana nak guna mysql.
lagi pun sy takde pengalaman dalam wat sistem ni..
kalau abg ada guideline boleh la kasi ya..
terima kasih..
macamaman abg web nak guna mysql database??kalau boleh step by step la ye..
sy ni beginner lagi..
Hi adik Zam, untuk sementara ni, elok adik cuba guna carian Google untuk mencari tutorial atau pun ebook tentang MySQL. Disini abang cuba senaraikan beberapa laman web tutorial MySQL
http://www.freewebmasterhelp.com/tutorials/phpmysql
http://www.wikihow.com/Use-MySQL
http://bitdaddys.com/MySQL.html
http://www.aspfree.com/c/a/ASP/Using-MySQL-with-ASP/
Sememangnya MySQL boleh digunakan bersama ASP, tetapi harus menggunakan ‘Connector’ sila rujuk laman web dibawah:
http://www.mysql.com/products/connector/
Abang ada soalan, System yang adik zam ingin bina ni untuk assignment ke atau atas permintaan pelanggan?
salam..
abangwebmaster.. tak de sambungan ke??? sy dh install dh web server nih dalam komputer nih.. tapi de masalah skit masa nk buka http://localhost... kat firefox dia ckp failed to connect.. then sy buka HOSTS kat C:\WINDOWS\system32\drivers\etc.. tak de pn 127.0.0.1 localhost… ada localhost ja… then sy letak la 127.0.0.1.. bru bleh.. mmg mcm tuh ke??
nk tukar localhost ke nama yg saya nk pn tak leh…
Hi adik Din, berkemungkinan ada software lain yang pernah edit file hosts tu. tapi apa2 pun yang penting ialah ip 127.0.0.1 tu. Sebagai contoh:
127.0.0.1 localhost
127.0.0.1 server1
127.0.0.1 server2
itu saja jalan yang boleh kita pakai.
sistem untuk latihan industri..
boleh tak database myPHPadmin digunakan bersama ASP??maksud saya guna server xammp?
skg ni guna IIS. susah nak connect dgn database. boleh bantu abg web?
kenapa tak guna PHP je dik?
kat sini doang nak saya guna ASP la. Interface semua dah siap cuma coding ASP je belom..
Tensen!! Abg web tolong….
Tu yang problem tu dik oi. Kalau PHP tu buleh la abang ghotiaq(usaha).
Tapi kan, abang rasa yang penting sekarang ni adik Zam nak kena blaja ASP dulu. Jadi dalam proses pelajaran ASP tu, adik zam akan faham sekali penggunaan ASP dengan MSSQL atau ACCESS.
Abang rasa 2 database tu dah cukup sesuai kalau nak dibanding kan dengan MySQL. Jadi apa yang penting sekarang ni, pulun belajar ASP tu. Nak blajar sendiri tak susah dik, abang dulu belajar PHP sendiri ja 8 tahun lepas, masa tu guna dial-up internet.
Tips nak belajar yg abang selalu guna: Baca, Fahamkan dan Buat.
Abang syorkan adik Zam bukak Google, dan taip keyword ni. “ASP tutorial beginner”. Sbb dari apa yg abang tgk, adik Zam sendiri tak tahu camna nak buat coding ASP. Kalau pandai ASP, mustahil adik Zam tak tahu nak intergrate dengan database.
Dan satu lagi. Tak rugi sekiranya adik Zam perlu membeli buku-buku berkenaan programming. Itu boleh dikira sebagai satu pelaburan yang baik untuk diri adik sendiri.
Internet itu luas. Gunakan sebaik-baiknya..
terima kasih atas cadangan dan nasihat.
akan saya cuba.
x leh pu buka http://localhost/
dah install sume dah…;(
Pelik tu Adik sy8, sepatutnya boleh guna localhost tu?
1. Masa install, ada tak adik guna nama selain localhost?
2. Sudahkah adik cuba http://127.0.0.1 ?
3. Sudahkah adik melihat file hosts?
huhuhu sgt berguna..emh abg .contoh la sekiranya sy berjaya instaalnye. dan org lain pun boleh akses ke laman web yang sy bina tu ke?? ke sy je yg boleh akses? huhu confisued..
abg .sy dah install semua nya.tapi kenapa saya x lepas untuk pasword admin tersebut? http://localhost/phpmyadmin/….saya dah masukkan root tersebut tp x boleh…why?? helpme x sabar nak tahu pasal minisite ni huhu
Hi adik Kuds,
untuk soalan pertama, ya dan tidak. Sekiranya PC adik berada didalam satu kawasan network(LAN), kawan2 adik juga dapat melayari laman web adik dengan menaip nombor IP(Cth: http://192.168.1.20/) atau nama PC adik(Cth: http://kuds/). Akan tetapi ini tidak bermakna sesiapa yang berada diluar kawasan network adik dapat melayari laman web adik tadi. Jika adik mahu orang luar dapat melihat laman web adik tadi, adik perlu membuat port forwarding dari router ke PC adik. Akan tetapi, suka abang ingatkan bahawa pastikan hardisk/memory PC adik benar cukup power. Ini kerana hardisk abang pernah crash lalu terbakar disebabkan request user yang terlalu tinggi.
Untuk soalan kedua, berkemungkinan adik tidak meletakkan password, atau pun adik menggunakan password yang lain. cara yg paling mudah ialah uninstall Appserv, dan Install sekali lagi.
Assalamualaikum Abg Lie, nak tanye sikit berkaitan ngn Kuds jugak. andai kate saya pakai easyPHP, sy wat satu web n sy nk kwn2 sy leh access di mana2 shj bagaimanakah?sy kurang fhm ..kalo leh explain mendalam sikit sbb ianya penting bg sy.terima kasih.
Hmm.. agak mencabar juga soalan adik. Akan tetapi, abang akan cuba menjawab dengan tekun.
Selepas instalasi easyPHP, laman web adik dapat diakses menggunakan localhost atau 127.0.0.1. Walau bagaimana pun, nama dan nombor IP ini hanya boleh diakses secara local, iaitu dari PC adik sendiri. Jadi dengan teknik ini, mungkin adik perlu meminta kawan2 adik bertandang dirumah dan ini pasti akan menambah kos sut di pihak adik.
Jadi, cara yang paling cepat dan mudah adalah dengan mendapatkan apa nombor IP publik adik. Nombor IP publik adalah nombor IP khas yang kita dapat semasa login ke internet(streamyx, dialup, P1, Infolient). Cara untuk mengetahui nombor IP ini adalah dengan melawat http://www.whatismyip.com disini adik akan tahu apa nombor IP adik.
Kemudian, cuba adik taip nombor IP tersebut didalam Internet Browser adik, sekiranya adik menggunakan window internet dialer, laman web adik tadi akan terpapar, dan sekiranya adik menggunakan modem jenis plug n play, adik perlu setting port forwarding didalam modem tersebut. Untuk keterangan lanjut mengenai port forwarding, cuba google “Port Forwarding Nama/model modem”.
Abang harap ini sedikit sebanyak dapat membantu adik.
cm mana nak wat laman web saya x tahu pape ni saya berminat nak belajar bt,kite wat laman web dan sesiapa boleh tgk..n bplh wat web replika tuk orng
sy ade wat final poject .tajuk final poject sy berkaitan ngn sistem mklumbalas pelanggan..
ape y patut sy pkai..wamp server…appserv..atau y apache..mysql ngn php y d install secara mnual..?? sy confius..n xtau nk gune…
Assalamualaikum..
bang soalan yg sy nak tnyer ni pun lebih krang mcm kuds jgk..
saya dh install xampp server kt sy pnyer laptop..
dan saya mempunyai satu server yg saya sewa alamat die (cthla sy bg) saya.org.my..
masalahnyer mcm maner klu sy nk upload file dr localhost saye ke server yg saye sewa ni..
saye masih lg xpaham..
harap abang dapt membatu menyelesaikan masalah saya nie..
sekian terima kasih..
wan: abang tak faham soalan wan tu… hehehe
Qisti: Ramai yang keliru tentang WAMP dan Appserv, padahal kedua-dua program tersebut adalah sama. Kedua-duanya menyediakan Apache, PHP dan MySQL. Jadi tak timbul kena pakai WAMP atau appserv. Jika adik ingin install PHP/MySQL secara manual pun bagus juga, cuma proses install tu kurang mesra.
Fadirul: Tak susah tu. Abang terangkan secara ringkas. Guna FTP client dan connect ke hosting yang adik sewa tu. kemudian copy file dari localhost ke hosting. Selepas itu, adik mungkin perlu edit konfigurasi pada config file program php(jika ada).
saya dah cube buat bang..
lpas saye upload file dr localhost ke server..
ps2 saye buka page 2 die akan kuar ni..
The page cannot be displayed
You have attempted to execute a CGI, ISAPI, or other executable program from a directory that does not allow programs to be executed.
Please try the following:
* Contact the Web site administrator if you believe this directory should allow execute access.
HTTP Error 403.1 – Forbidden: Execute access is denied.
Internet Information Services (IIS)
Technical Information (for support personnel)
* Go to Microsoft Product Support Services and perform a title search for the words HTTP and 403.
* Open IIS Help, which is accessible in IIS Manager (inetmgr), and search for topics titled Configuring ISAPI Extensions, Configuring CGI Applications, Securing Your Site with Web Site Permissions, and About Custom Error Messages.
* In the IIS Software Development Kit (SDK) or at the MSDN Online Library, search for topics titled Developing ISAPI Extensions, ISAPI and CGI, and Debugging ISAPI Extensions and Filters.
….
saye call tuan pnyer server 2..
die bgtau saye yg server die support php..
tp bile sy bkak file php kt server kuar mcm kt atas 2..
bleh bgtau saye x bang ape masalahnyer..
abang rasa server adik bukan server apache, tetapi adalah server window IIS. Server IIS digunakan untuk run program yang berasaskan bahasa pengaturcaraan ASP.
Untuk menggunakan code PHP, adik perlu menggunakan server yang berasaskan Linux. Ini kerana server linux konfem akan mempunyai LAMP(Linux,Apache,MySQL,PHP).
Memang server IIS boleh support PHP tapi terdapat banyak function PHP akan mengalami masalah untuk execute. Dan juga server IIS tidak support .htaccess yang merupakan satu fungsi yang hanya ada pada server apache.
Mungkin adik boleh post kat sini source code php adik. boleh kita review sama-sama.
saya pakai CMS joomla bang..
salam..
bang saye nak tanyer..
saye dh sewa satu domain..
dan server 2 bg cpanel skali.
saye nak tanyer..
macam mane klu saye nak install CMS mcm jommla kt cpanel trus xyah nak install kat localhost..
boleh ke wat cam2..??
saye harap abang dapt membantu..
time kaseh..
@fadirul
Abang saspek perkara ini berpunca dari permission didalam server IIS. seperti abang nyatakan sebelum ini, memang banyak masalah nak run PHP dalam server window. Mungkin adik boleh ‘shift’ server windows adik kepada linux. Sila hubungi penyedia khidmat hosting adik. Cuba adik lihat artikel ini http://support.microsoft.com/kb/827858
@niza
Adik boleh lihat tutorial yang ditulis oleh Abang Din: http://www.abangwebmaster.com/topik-06-cara-install-wordpress/
Tapi kena pilih Joomla kat dalam list sebelah kiri tu.
website abangwebmaster ni pakai drupal ke..??
apa kelebihan drupal dan joomla..
mane lg best bg abang.????
Oh, website abang ni pakai wordpress. Abang tak berani nak komen pasal Drupal, tapi ramai yang kata Drupal ni bagus sebab ianya lebih kepada framework, manakala joomla lebih kepada CMS. Sebenarnya CMS ni bergantung kepada apa features yang kita nak dalam projek kita tu. Kalau projek kita tu lebih kepada blog, kita boleh guna wordpress, kalau lebih kepada portal, kita boleh guna Joomla atau Drupal.
btul ke ade org bgtau saye yg kbnyakkan website goverment kat malaysia ni pakai joomla..??
macam mane kite nk tahu yg sesuatu website yg dibngunkan 2 gune joomla ke, drupal ke atau html saje..??sory byak bertanyer…
Senang je dik, compare source code website yang kita nak tahu dengan joomla ke, wordpress ke.
Salam,
1. Nak tanya, tutorial ini dia install kt OS apa ye?? nmpak bayangan mcm Windows Vista je..boleh bagi tau apa specification OS tu ke??
Windows Edition= vista Home, business or ultimate??
system type= 32 or 64 bit?
2. Dah tu mcm mana nak shift’ server windows adik kepada linux.??
Installasi ni untuk Windows
nak try joomla… dah pnah masuk kelas tetapi sebenarnya tak paham langsung!!!!
kalau yang dah siap, ada pswd administrator sy mmg biasa update.., pandai setakat update. nak tambah tak reti!