Senarai Artikel Terbaru:

Hello adik.

Selamat datang ke laman web abang.

Tujuan abang membina blog ini adalah untuk membantu adik-adik  yang masih terpinga-pinga mencari cara bagaimana untuk membina laman web sendiri. Memang tidak dapat dinafikan, memang banyak ebook dan info tentang cara pembinaan laman web tetapi semuanya mesti dibeli oleh adik. Mereka yang menjual ebook itu tidak fikir adakah adik mampu membelinya, walaupun 50 Ringgit.

Adik,

Abang tak kisah jika berkongsi ilmu bersama, kerana abang bangga jika dapat melihat adik-adik abang pandai membuat website sendiri. Sebenarnya abang juga dah bosan melihat web-web yang menjual pelbagai ebook panduan membina website sehinggakan abang selalu teringat ayat-ayat yang mereka gunakan. Kata-kata mereka terlalu manis sehinggakan kadangkala abang ketawa ketika membacanya.

Sebenarnya adik, belajar buat website ini bukanya susah seperti yang adik fikirkan. Adik tak perlu minum air penerang hati untuk mengingat semua formula. Apa yang adik perlukan ialah semangat untuk belajar, ketabahan hati,  sebuah komputer, buku nota 555, dan line internet.

Ok lah adik… sampai sini dulu abang menulis. Tak perlu abang bercerita panjang tentang diri abang dan sejarah hidup abang. Apa yang abang nak ialah membantu adik belajar buat website supaya pandai dan nanti senang dapat kerja. Owhh yaa… kalau adik ada kawan-kawan yang ingin belajar buat website, boleh lah suruh mereka masuk ke sini juga.

Sekian.

Salam sayang dari abang.

p/s:

Owh yaa… dalam projek web ini, abang telah bekerjasama dengan 2 kawan abang. Mereka ini pun juga bekerja sebagai Webmaster. Hasil kerja mereka pun WOW!. Mereka ni dah lama dalam bidang web design ni, sejak zaman Netscape Composer lagi. Abang minta gambar full mereka, tapi mereka tak nak bagi… cuma ni saja yang abang dapat. Mereka nak low profile.


abang-lie