Senarai Artikel Terbaru:
Belajar Sambil Menderma

Hello adik-adik apa khabar? Hari ni hari Isnin dan seperti biasa, penyakit segan nak buat kerja abang menjelma kembali. Tadi lepas makan nasik lemak 2 bungkus dan teh ais segelas, abang masuk semula ke pejabat dan mendapati diri abang tiba-tiba menjadi malas. Selepas abang fikir apa alasan nak bagi pada boss nanti, abang pun membuat aktiviti untuk elakkan abang menjadi malas. Heheh. Tapi adik-adik jagan risau, abang tak pernah malas nak tulis entri untuk web abang webmaster ni. Ok… topik kita hari ni berkaitan dengan gambar.

Adik-adik suka ambil gambar tak? Gambar apa yang adik suka ambik? Heh… kalau adik kata suka ambil gambar sendiri, adik ni perasan sungguh. Hehe.. jangan marah. Melawak ja. Sebenarnya adik, abang juga suka ambil gambar. Abang suka ambil gambar kereta sport. Kalau adik ada pakai kereta sport, HELLO, HELLO la abang.

Haa… untuk ambil gambar, adik-adik mesti kena ada kamera. Tak kiralah, yang mahal atau yang murah. Abang tak pakai kamera mahal pun, abang cuma pakai camera Sony Cybershot yang selalu orang guna time birthday. Alaa… kamera kecik tu. Heheh.. Tapi kamera ni banyak berjasa pada abang. Abang pernah menang hadiah “set cawan kopi” di satu event di supermarket dekat rumah abang dulu. Abang bagi kat mak abang set cawan tu dan dia simpan dalam almari. Dia kata dia akan guna cawan tu bila abang bawak girlpren abang datang rumah. Hahah.. girlpren?? Segan la nak introduce kat dia. Nanti-nantilah.

Ok, berbalik pada topik kita. Tadi masa abang melungsuri Internet, abang ada terjumpa satu laman Web. Sebenarnya abang pernah tengok Web ni dulu, tapi abang tak tahu la pulak dia dah ada buat eBook sekarang. Hehe… mesti adik-adik hairan sebab tak pernah abang review pasal eBook tapi hari ni review pulak. Sebenarnya adik, abang juga suka baca eBook, tapi eBook tu mestilah yang betul-betul ada isi kandungan yang bagus dan boleh memberi manfaat pada abang.

eBook ni bercerita tentang photography dan bertajuk “Million Dollar Wedding Photographer“. eBook ni ditulis oleh saudara Saiful Nang, seorang tukang gambar yang tersohor. Mengikut biodata yang abang baca di laman Web beliau, Incik Saiful Nang ni mempunyai latar belakang yang agak power dan pernah berkhidmat di Kolej Uncle LimKokWeng dan pernah mengambil gambar dalam perkarangan istana berserta pernah mengambil gambar-gambar artis popular.

eBook Saiful Nang ni memang bagus untuk adik-adik dan mungkin lepas ni adik boleh beli kamera dan start buat business forografi. eBook ini berharga RM80 dan apa yang bagusnya… setiap pembelian eBook ini akan disumbangkan kepada Rumah Pengasih Warga Prihatin (Macam ni lah baru best). Jadi tunggu apa lagi, adik-adik belilah 2-3 buku. Sambil belajar, sambil menderma. Heh.. kalau adik ada beli 2-3 buku tu… bagi la pada abang satu. Abang pun belum ada lagi. Nak kena belajar jugak teknik fotografi ni dan adik pun boleh dapat pahala berlipat ganda sebab bagi kat abang satu..

Abang pun ingat nak serius jugak la dalam photography ni. Nak kena beli kamera Digital SLR. Lepas tu boleh la ambil gambar kreta sport dan jual online dan juga propose untuk majalah-majalah kereta. Abang pun dah bosan buat kerja-kerja design. Ni contoh gambar-gambar yang pernah abang ambil untuk dikongsi bersama. Owhh.. jangan lupa beli buku Million Dollar Wedding Photographer . Sambil belajar kita menderma. Tataa

Artikel Berkaitan

  • Tiada


  1. chokilala on Monday 1, 2009

    abang ni, pening orang nak baca. apa kaitan set cawan kopi dengan kamera? isk isk

    hurm. saya dah tengok page ebook tu. memang nampak menarik. tapi apakan daya, dslr pun xmampu lagi nak beli. nanti kalau abang beli, belikan la saya satu sekali. hihi

    btw, ebook fotografi ni memang lain drpd yang lain berbanding lambakan ebook yang ada di malaysia skrg ni. thanks for sharing

  2. Abang Is on Monday 1, 2009

    wahh.. last ada jugak yg komen.. ingat tadak sapa yg perasan.. owhh.. cik choki nak dslr la ni. mmm.. nanti la bila abang beli dslr, abg akan hadiahkan kotak dslr tu utk choki… hehe