Senarai Artikel Terbaru:
Belajar Joomla RM999

Salam sejahtera untuk adik-adik yang abang kasihi sekelian. Diharap adik-adik semua berada dalam keadaan sihat selalu. Bagaimana adik-adik menghabiskan malam minggu sebegini? Diharap adik-adik melakukan aktiviti yang berfaedah. Abang baru saja pulang dari berjumpa dengan rakan-rakan abang.

Kami gemar berjumpa setiap hujung minggu bertukar-tukar fikiran sambil mencuci mata pada suasana malam minggu. Aktiviti beriadah ini amat bagus untuk para designer bagi mendapatkan ilham.

Ketika sedang rancak berbual dengan rakan-rakan, seorang kawan abang telah memberitahu tentang wujudnya sebuah lagi laman web yang mengajar orang membina laman web. Mengikut cerita kawan abang, laman web syarikat itu mengenakan charge yang mahal untuk belajar Joomla. Ya.. bagi adik-adik abang yang tidak tahu apa itu Joomla… jangan salah faham.. Jomlaa sebenarnya tiada kaitan dengan perkataan Jom Lah. Joomla adalah satu sistem open-source yang boleh adik download secara percuma di Internet.

Dari cerita kawan abang itu, kami semua berasa sangat excited untuk melihat sendiri laman web syarikat itu. Malangnya, kami semua tidak canggih seperti Webmaster-webmaster lain yang mempunyai handphone mahal yang boleh online Internet dengan menekan 1 butang. Kami semua terpaksa pulang ke rumah masing-masing untuk melihatnya sendiri.

Dalam perjalanan pulang abang tak sabar untuk sampai ke rumah dan membuka laman Web syarikat tersebut. Apabila sampai dirumah dan selesai mandi, abang pun membuka laman Web itu. Heh… lawak juga abang membaca ayat-ayat disitu.

Ntahlah adik-adik, abang pun hairan sekarang. Semua orang nak ajar orang buat web. Dah pulak tu mahal. Sepatutnya benda-benda Open-Source ni tak perlu belajar. Adik-adik boleh membacanya di Internet. Lainlah kalau adik-adik menghadiri kelas untuk belajar dan mahirkan diri bagaimana untuk design themes atau template bagi semua program Open-Source ini.

Contohnya, kenapa tiada orang yang buat kelas bagaimana untuk design themes wordpress yang hebat??? Itu adalah salah satu cara untuk membuat pendapatan secara online. Ya… adik boleh menjual themes WordPress di Internet. Hmm… kat bawah ni abang tunjuk sikit ayat-ayat yang digunakan oleh syarikat tersebut. Abang harap adik-adik abang yang selalu membaca blog abang ini tidak menggunakan design atau ayat-ayat berikut kerana adik akan nampak tidak PRO! Malah web adik itu nanti akan nampak lebih kepada web AH LONG Bukit Beruntung.

siapa2


Artikel Berkaitan

  • Tiada


  1. My Tech Portal on Sunday 26, 2009

    haha..
    mahal gila nak belajar joomla..
    padahal boleh cuba sendiri je..

    teringat plak kat website sekolah aku yg aku wat guna joomla..

  2. Abang Is on Sunday 26, 2009

    yaaa.. betul… semua sekarang nak duit. benda free saja.. ambil kesempatan sungguh. kesian abang tengok pada yang tertipu.. haa.. thanks for the comment. i love u 2.

  3. chokilala on Sunday 26, 2009

    hehe. mahal betul. harap-harap takde la yang terpedaya. dah la tak profesional langsung ayat. kalau saya, tak percaya orang yang bisnes pakai ayat pasar macam tu. abang is kenapa tiba-tiba i love you too. orang atas tu tak cakap i love you pun? hoho. best la blog ni. update banyak-banyak ye? :)

  4. Abang Is on Sunday 26, 2009

    ya chokilala.. bagus la kalau cik choki bijak selalu. nanti abang bagi souvenir. saja la abang kata i love u. ni konsep mesra alam la katakan.. ha.. thanks chokilala sebab komen kat sini.. i love u 2 jugak. hehe

  5. nisa camerow on Sunday 26, 2009

    hye jz nk tya ckt. sy de ptyaan bkaitan website. leh dikatakan byk jgk la bnda yg nk d tya. igt nk tya thru mel lbh mudah. so klu sy o viewer lain de sbrg ptyaan nk cntct cne? myb de mel ke

  6. Abang Is on Sunday 26, 2009

    yaa.. adik. bijak sungguh adik bertanya soalan ini. Buat masa ni adik boleh lawati web ini untuk apa-apa info tentang web design. Abang dengan pasukan webmaster abang akan sediakan satu forum dalam masa terdekat ini. Jadi adik kenalah jenguk-jenguk selalu di web ni.

    take care and be good!

  7. Eriyza on Sunday 26, 2009

    Hohoho!
    Tak sangka mahal bebeno nk blajo Joomla.
    Baik simpan duit tuh tuk kawen. :D

  8. Abang Is on Sunday 26, 2009

    Yaa.. betul2.. ni cik ni dah kawin ke?? heh

  9. kaizer on Sunday 26, 2009

    Kalau nk buat servis tu x salah tapi mahal sngat.ayat pasar pulak tu.tengh belajar pasal wordpress x lepas2 lagi hehehe.

  10. Abang Is on Sunday 26, 2009

    tak apa… pelan2 kayuh. heh

  11. F4124L on Sunday 26, 2009

    kalo mcm tu punya harga boleh la bukak gerai goreng pisang 2,3buah kan abang..aduyai nasib baik ada abang webmaster kiter yang baik hatie tuk berkongsi ilmu… kesian tol la sesiapa yang dah jadi mangsa dia nie..
    tiga belas ratus bintang lagi untuk abb webmaster kiter…

  12. Abang Lie on Sunday 26, 2009

    hehehe… kenapa adik Faizal? is everything OK?

  13. xxx on Sunday 26, 2009

    btul2 mahal..
    aku tgk tmpt lain br 150

  14. baloot on Sunday 26, 2009

    pergh, mahal giler rupanya bengkel joomla ni. tak sangka ada yg cekik darah jugak. haha.. aku belajar joomla pun beli buku je. tu pun tak sampai Rm100. :)

    klau nak wat personal coaching pun, aku amik lebih kurang 100-200 je. bergantung kepda working hour yg aku gunakan. tapi kira ok la kan sebab personal coaching. bukan ramai2.. betul tak abang?

  15. Abang Is on Sunday 26, 2009

    itu la.. charge pun patut-patut lah… ni sampai rm1000.

  16. rinamin on Sunday 26, 2009

    …kat mana ye ada kelas untuk ajar buat templates website seterusnya boleh buat website dgn harga yg berpatutan….

  17. baloot on Sunday 26, 2009

    nak belajar buat template website rasanya takde kelas. sebab agak susah nak buat template ni. tapi kalau buat website dengan harga yang berpatutan, boleh tanya kat Baloot’s Blog. hee..

  18. farah on Sunday 26, 2009

    Salam

    Yang Free hanya Joom La, tapi ilmu untuk mengendalikannya kena bayar… Ok, itu menunjukkan ilmu amat penting dalam apa jua bidang Oleh itu jadilah orang yang berilmu nescaya martabatmu menjadi tinggi.

    http://www.jqaflangkawi.blogspot.com

  19. zanie on Sunday 26, 2009

    abg, saya nk blajar buat minisite ngan abg. boleh ke?