Hi adik-adik, untuk artikel sulung ini, Abang Lie akan menerangkan serba sedikit apakah itu website atau dalam bahasa Melayu baku Laman Sesawang. Perkataan Laman Sesawang ini bukanlah Abang Lie saja-saja nak mereka/merapu, tetapi ianya memang ada dalam kamus. Tapi untuk artikel kita kali ini, Abang Lie rasa lebih elok kalau kita guna perkataan Website sahaja supaya nanti adik-adik tidak diketawakan dengan abang-abang webmaster hebat-hebat yang lain.
Ok, berbalik kita kepada topik Website, Website ialah pages(Muka surat) yang disimpan didalam sebuah Server atau dalam bahasa melayunya Pelayan(adik-adik jangan salah sangka, ini bukan pelayan di kedai-kedai makan ya!). Untuk mengakses Server ini, kita harus mempunyai satu nama Domain atau URL(Uniform Resource Locator). Adik-adik jangan takut dengan nama itu, cuba lihat contoh URL seperti berikut:
- www.utusan.com.my
- www.pakraja.com
- www.email.com
Adik-adik tentu pernah melihat dan menaip nama Domain atau URL seperti diatas kan? Nanti jika Abng Lie kelapangan, abang akan berkongsi bagaimana adik-adik dapat mendaftar nama domain sendiri.
Sepertimana abang terangkankan diatas, untuk mengakses laman web, adik-adik perlu ada nama domain atau URL, jadi dari situ para pelawat dapat melihat dan bersiar-siar didalam laman web adik-adik.
“Tapi bang, Camna nak buat website tu? Kawan saya cakap pakai Microsoft Word pun boleh“
Haha, adik ni kan kalau abang gelak jangan marah ya. Syarat utama untuk mereka bentuk laman web ialah pengetahuan asas penggunaan/penulisan HTML. Berikut ialah penerangan HTML dari Wikipedia:
HTML, an acronym for HyperText Markup Language, is the predominant markup language for web pages. It provides a means to describe the structure of text-based information in a document—by denoting certain text as links, headings, paragraphs, lists, etc.—and to supplement that text with interactive forms, embedded images, and other objects. HTML is written in the form of “tags” that are surrounded by angle brackets. HTML can also describe, to some degree, the appearance and semantics of a document, and can include embedded scripting language code (such as JavaScript) that can affect the behavior of Web browsers and other HTML processors.
Jadi disini, kalau adik-adik cekap dan mahir dalam HTML, nak pakai notepad pun boleh. Jadi kalau ada sesiapa yang berlagak dengan adik bahawa dia buat website pakai Microsoft Word, adik-adik boleh uji dia dengan soalan-soalan HTML. Biar dia ternganga.
Abang Lie akan mengajar adik-adik bagaimana menggunakan HTML didalam artikel Abang Lie yang akan datang.
Jadi, secara asasnya dalam membuat laman web, kita memerlukan:
- Nama domain atau URL
- Server
- Pages iaitu isi laman web
Semoga dengan penerangan Abang Lie yang tak seberapa ini, adik-adik dapat memahami asas-asas dalam pembinaan laman web.




bagus la artikal nie..sekurang2nya leh jadi satu titik permulaan nak jd webmaster..hahha