“Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan.” – Sukatan Peribahasa Tingkatan 5
Salam sejahtera adik-adik. Abang mulakan artikel kali ini dengan peribahasa diatas. Sungguh pun peribahasa diatas tiada kena mengena dengan artikel abang kali ni, abang rasa abang perlu letakkan jugak demi menyokong kempen cintakan sastera. Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan pembelajaran kita tentang bagaimana atau apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pemilikan hosting yang baik lagi mampan.
Abang, apakah itu Hosting?
Hosting ialah sejenis servis atau perkhidmatan yang disediakan pada sebuah Server yang ditempatkan di satu-satu Data-Center. Server tersebut mempunyai ciri-ciri fizikal dan jasmani yang sama seperti sebuah komputer biasa yang adik-adik lihat setiap hari. Akan tetapi kekuatannya untuk memproses data adalah jauh lebih handal berbanding komputer-komputer biasa. Berikut ialah contoh gambar Server yang biasa terdapat pada sesebuah data-center:

Proses ini dapat dimudahkan dengan carta arus dibawah

Apakah yang patut ada pada sesebuah Hosting?
Bagi abang, terdapat banyak faktor-faktor yang sangat subjektif. Ini kerana setiap orang mempunyai keperluan(requirement) yang berbeza. Disini abang akan terangkan secara umum dan apakah ciri-ciri asas yang harus ada untuk sesebuah Hosting. Cuba adik-adik lihat senarai dibawah:
1. Webserver yang berasaskan Apache
Ini sangat penting kerana kebanyakan program asas-web(Web-based) di tulis dalam bahasa PHP. Jadi, untuk menjalankan program-program tersebut, adik memerlukan Apache yang sememangnya dapat memproses bahasa PHP tersebut.
2. MySQL database
Database juga perlu dalam sesebuah Hosting. Ini kerana jika tiada database, program-program asas-web tadi tidak dapat menyimpan apa-apa data atau maklumat yang datang dari program-program asas-web.
3. Akses FTP
Ini penting kerana ianya akan memudahkan kerja adik bila adik ingin memindahkan fail-fail dari kompter adik ke hosting. Ianya sama seperti adik memindahkan fail dari folder ke folder di dalam windows.
4. Hosting Control panel
Amat penting. Dengan adanya fungsi ini, adik-adik dapat mengawal secara jauh(remote) Hosting tersebut dengan mudah dan tidak berpeluh. Antara nama-nama Hosting Control Panel yang gah ialah Cpanel, Direct-Admin dan Plesk.
Ciri-ciri penting Hosting yang baik
1. Harga yang berpatutan
Harga memainkan peranan yang penting dalam sesebuah hosting. Ada sesetengah syarikat menyediakan space sebanyak 1gig dengan harga rm100 termasuk nama domain. Dan sesungguhnya harga tersebut amatlah tidak berbaloi. Dengan harga rm150 adik-adik dapat menikmati space sehingga 10 gig berserta nama domain. Bukankah itu lebih jimat dan berbaloi? Suka juga abang ingatkan. Sewa hosting selalunya perlu dibayar setiap tahun kepada syarikat pembekal hosting tersebut.
2. Bandwidth
Ini juga penting kerana jika syarikat hosting tersebut hanya memberikan bandwidth yang sedikit, berkemungkinan laman web adik nanti akan di suspend jika adik mempunyai ramai pelawat ke laman web adik nanti. Jadi pastikan bandwidth tersebut amat tinggi. Nisbah biasa yg sesuai untuk sesebuah hosting ialah 10 gig web space = 50 gig bandwidth.
3. Khidmat pelanggan yang cepat dan mesra
Pastikan juga servis khidmat pelanggan mereka bagus. Jika tidak, adik bagaikan hanya bertepuk sebelah tangan sekiranya berlaku apa-apa masalah terhadap capaian website adik nanti.
4. Tidak mudah/sangat jarang mengalami downtime
Sesiapa pun tidak suka pada downtime. Ini kerana, jika berlaku downtime laman web adik nanti tidak dapat dicapai oleh sesiapa pun. Ini pasti akan mengurniakan kerugian yang amat sangat sekiranya laman web adik menjana duit secara online.
Kesimpulan
Hosting adalah penting sekiranya adik-adik mahu serius membina laman web dan berniaga secara online. Tanpa hosting yang baik, adik-adik bagaikan menyewa rumah yang tiada bumbung dan tidak teguh. Adik-adik juga jangan mudah terpengaruh dengan promosi-promosi yang dijalankan oleh syarikat hosting. Ini kerana iklan-iklan tersebut bagaikan menanam tebu dibibir, semuanya manis-manis belaka. Jika adik-adik mempunyai soalan tentang hosting, jangan segan dan silu untuk menulis di ruangan komen yang disediakan.




memang berguna info ni!!
Info menarik. Apa kata pasnih Abe Lie wat topik
ttg hosting terbaik di Malaysia?? Tentu ramai yg
beminat nak tau.
hosting terbaik tu tak pasti la pulak, tapi yg terburuk abang penah pakai ialah Exabytes. Jadi, jangan la pakai hosting mereka.
terima kasih abgwebmaster
dulu guna internet webhosting – 5 bulan je….lebih 5 kali downtime
kendian tukar..pejam mata labur rm 100 ke server freak…setakat ni ok
citer yang menarik mudah difahami tiga belas ratus bintang dan pujian untuk abg lie..
happy to you.. horey.. teruskan usaha saya ikut dari belakang yerh..
takyah la ikut dari belakang, pi la depan dulu.
huhu terima kasih atas info ni abg ….baru le sy tau kegunaan hosting y sebenar! sebelum ni sy hanya tahu yang web hosting hanya mengawal data dan aliran keluar masuk data yang dikawal oleh web hosting ni..tu pn kalu betul ngeee thanks abg huhu
ya adik kuds, bak kata pepatah “Tak kenal maka tak cinta”.
sepaku hosting jgn pakai….
abg pakai mesra hosting kn?
yep.. mesra hosting