Mesti ramai yang bertanya kenapa abang menggunakan nama AbangWebmaster.com. Sebenarnya laman blog ini saja abang bangunkan sebab abang kesian melihat adik-adik abang yang selalu ditipu sebab nak miliki website sendiri. Selalu abang baca paper, abang akan lihat iklan-iklan tentang website yang kebanyakkannya hanya mengaut keuntungan kepada syarikat sahaja. Macam-macam nama yang selalu abang tengok. Monsun.biz, MyPortal, BlogStarz, kak sherry, kak nora dan macam-macam lagi. Ada yang pakai cara land-lord, supermarket, SMS Whizz, dan macam-macam lagi sampai abang sendiri pun dah lupa. Harga package mereka tu semua… uishh.. mahal. Nak jadi landlord website pun sampai RM30 ribu. Kalau Rm30 ribu tu.. baik beli tanah dan bela kambing. Time raya boleh la jugak untung. Sambil-sambil tu boleh laah.. tanam-tanam rumput dgn jaggung sama.
Abang juga pernah diajak oleh seorang kawan abang menghadiri seminar yang diadakan oleh sebuah syarikat errr… apa nama… EDORY kaa EDORAY.. ntahlah. Abang pun dah lupa. Syarikat ni menjalankan perniagaan laman web dan produk utama mereka ialah MyPortal. Malam tu ramai juga yang hadir. Semua dari golongan yang betul-betul teringin nak ada website sendiri. Kesian abang tengok mereka tu semua. Masa seminar tu, ada sorang jurucakap yang bercerita tentang sejarah website. Dia menunjukkan slide show Power Point yang tulisannya semua boleh fade-in dan fade-out. Semua yang hadir terkebil-kebil biji mata kerana berasa sangat hebat. Jurucakap itu juga ada bercerita tentang mereka-mereka yang telah berjaya dalam dunia Internet. Antara yang terlibat ialah founder MSN, Yahoo!, Google, Amazon dan Ebay.
Abang pasti, masa tu semua yang hadir pasti berasa semangat dan ingin ikut jejak mereka yang telah berjaya itu. Memang tak salah untuk berjaya seperti mereka-mereka tu, tapi cara yang dilakukan oleh syarikat-syarikat seperti MonsunBiz, MyPortal, BlogStarz ni bukannya nak menolong mereka yang memerlukan website ini. Syarikat ini semua hanya mahukan keuntungan saja. Bila orang dah beli produk mereka, nasib sendiri lah nak buat apa dengan web tu. Kalau tak percaya adik-adik bolehlah pergi melihat laman web mereka yang telah membeli produk-produk syarikat-syarikat berkenaan.
Owh yaa… lupa nak cerita pula… di akhir seminar, syarikat itu telah membuat open table supaya mereka yang hadir membeli produk MyPortal tu. Abang ada tengok ada 2 orang awek yang pergi berjumpa jurucakap masa seminar tadi dan mereka kata nak pergi tekan duit di ATM machine. Boleh tunggu sat tak!?? Heh… Kalau awek tu jumpa abang tak perlu bayar RM500 pun. Abang buat free saja kalau mereka betul-betul nak Website. Boleh juga abang ada PENPAL. Malam tu ramai juga yang beli produk MyPortal tu. Hmmm.. abang tak beli la. Abang cuma ambik business kad sorang mak long yang jadi tukang tulis nama di seminar tu. Mak long tu pun ada website jugak. Heh. Tak payah la abang tunjuk kat sini. Kesian dia. Dia cuma cari makan.
Sekarang ni, wujud pula Jutawan E-Book yang nak ajar orang buat website. Macam-macam yang mereka tulis sebab nak jual e-Book. E-book tu bukan mereka tulis pun tetapi di Copy Paste saja. Benda tu semua boleh dapat free di Internet. Ada pula yang menjual CD Grafik. Benda tu pun boleh dapat free di Internet jugak. Kalau dah benda free bagi free sajalah pada orang lain supaya dapat dikongsi bersama.
Sejak dari itu abang sentiasa memantau aktiviti-aktiviti mereka ini. Lama-lama abang tengok makin ramai yang buat benda ni. Sampai yang baru tingkatan 5 pun nak ajar orang buat website. Abang tak kisah lah, kalau website website budak tingkatan 5 tu power. Tapi website pun hanya pakai minisite. Pada abang, budak-budak sekolah tu patut study saja, terutama subjek SEJARAH. Sebab zaman sekrang ramai budak sekolah tak tahu sejarah negara.
Heh. Oklah adik-adik, tak perlu lagi abang cerita panjang. Pasal lagi panjang abang tulis, nanti ada orang yang terasa hati pulak.. Ni pun abang boleh rasa ada orang kurang puas hati dengan abang dan kawan-kawan webmaster abang kerna mewujudkan laman web ini. Tapi itulah kan dah nama pun INTERNET..
Tataa.




Abe Is, tahniah krn dpt mengumpulkan ramai kengkawan
tuk bekolaborasi mewujudkan web ini. Semoga usaha murni
ni dimanfaatkan oleh ramai org, baik yg baru mau pun lama
dlm bidang pembikinan blog. Semoga istiqamah yer.
Yaa.. sama-sama kasih
Salam Abang2 web master. Post ni sangat menginsafkan saya. Saya cuba menghasilkan tutorial untuk menggunakan produk myportal dengan lebih berkesan. Alhamdulillah saya jumpa website ni. Boleh belajar buat website dari zero. Sudilah terima jadi anak murid mu (Chewah)TQ.
yaaa.. adik epi. dari menggunakan program dari MyPortal, adalah lebih baik adik membeli hosting dan domain name sendiri. banyak benda yang boleh adik belajar. kalau pakej MyPortal penggunaan adik adalah terhad.
kalau menggunakan web dan domain name sendiri:
Web hosting = rm150 (setahun + domain name FREE)
Boleh install macam2.. (boleh jadi pandai)
tiada iklan dari orang lain sebab web tu kita sendiri punya
boleh berlagak kat kampung sebab ada web sendiri
hai abg is?
tahniah….saya minat gak sebenarnya nak gi kelas buat website untuk myportal saya…
sbb banyak lai yang saya tak berapa nak faham…mahal sangat lak.
mohon tunjuk ajar dari abg.